Jenayah pemalsuan kad kredit di Malaysia / Mohd. Zaid bin Hassan
Kad kredit telah menjadi salah satu instrumen pembayaran yang penting bagi sektor perniagaan di Malaysia. Bagi penjenayah, peningkatan penggunaan kad kredit merupakan peluang untuk mengaut keuntungan yang mudah. Dengan memahami bagaimana jenayah ini terlaksana membolehkan pihak berkuasa merangka ti...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/4994/1/JENAYAH_PEMALSUAN_KAD_KREDIT_DI_MALAYSIA.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4994/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kad kredit telah menjadi salah satu instrumen pembayaran yang penting bagi sektor perniagaan di Malaysia. Bagi penjenayah, peningkatan penggunaan kad kredit merupakan peluang untuk mengaut keuntungan yang mudah. Dengan memahami bagaimana jenayah ini terlaksana membolehkan pihak berkuasa merangka tindak balas dan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan. Kajian sebegini penting kerana dapatannya nanti dapat dinyatakan sebagai panduan kognitif dan digunakan dalam menangani jenayah pemalsuan kad kredit. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dan bagi mendapat maklumat secara langsung, temuduga dan pengesahan telah dibuat dengan pihak PDRM. Beberapa kes terpilih yang pernah dikendalikan oleh PDRM juga diambil untuk dibuat analisa bagi melihat kelemahan-kelemahan yang wujud. Aktiviti jenayah pemalsuan kad kredit kini menular merentasi sempadan negara. Malaysia yang telah migrasi kepada standard EMV sepenuhnya pada tahun 2005 terbukti berjaya mengurangkan kes-kes pemalsuan kad kredit di pasaran domestik tetapi ketidakseragaman pelaksanaan migrasi di seluruh dunia membantutkan usaha membasmi kegiatan jenayah ini secara menyeluruh. Penjenayah akan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi sistem yang ada. Corak jenayah berubah mengikut perkembangan teknologi. Usaha pencegahan yang bersungguh-sungguh oleh semua pemain industri sangat penting disamping sokongan dari pihak kerajaan sebagai pengawal dengan mewujudkan undang-undang yang khusus bagi kesalahan berkaitan kad kredit |
---|