Etika dalam bioteknologi moden : kajian ke atas respons para ilmuan Islam terpilih mengenai garis panduan etika Islam / Noor Munirah binti Isa
Perkembangan bioteknologi moden pada hari ini berpotensi untuk mendatangkan banyak kebaikan, namun pada masa yang sama terdapat beberapa aplikasi bioteknologi moden yang menimbulkan keraguan dalam masyarakat mengenai keselarasannya dengan ajaran agama. Selain itu timbul persoalan-persoalan mengenai...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/4541/1/NoorMunirahIsa.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4541/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan bioteknologi moden pada hari ini berpotensi untuk mendatangkan banyak kebaikan, namun pada masa yang sama terdapat beberapa aplikasi bioteknologi moden yang menimbulkan keraguan dalam masyarakat mengenai
keselarasannya dengan ajaran agama. Selain itu timbul persoalan-persoalan mengenai pendekatan yang paling sesuai untuk mengkaji aspek etika aplikasi-aplikasi tersebut.
Dengan memberi tumpuan kepada panduan etika Islam, kajian ini bertujuan untuk mengkaji respons para ilmuan Islam terpilih dalam menghadapi cabaran-cabaran ini.
Aplikasi-aplikasi bioteknologi moden yang dikaji ialah aplikasi pengklonan manusia bagi tujuan pembiakan, penggunaan sel stem bagi tujuan perubatan dan makanan yang
diubahsuai secara genetik. Secara khususnya objektif-objektif kajian ini ialah: a) mengkaji mekanisme, prinsip-prinsip dan justifikasi-justifikasi yang digunakan dalam
pendekatan etika Islam untuk menentukan hukum sesebuah aplikasi bioteknologi moden terpilih; b) mengkaji persamaan dan perbezaan antara pendekatan Islam dengan pendekatan konvensional dalam menentukan sama ada sesebuah aplikasi dibenarkan atau sebaliknya; c) menghuraikan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh para ilmuan Islam terpilih untuk berhadapan dengan pendekatan konvensional dalam
mengkaji isu-isu etika dalam bioteknologi moden. Respons para ilmuan Islam terpilih yang dianalisis dalam kajian ini adalah dalam bentuk fatwa, buku, bab buku, artikel
jurnal, kertas kerja, deklarasi, resolusi, laporan dan perbincangan dalam seminar-seminar atau bengkel-bengkel yang berkaitan serta temubual dengan 22 orang ilmuan
yang terlibat secara langsung dalam wacana bioteknologi dan bioetika dari perspektif Islam. Kajian ini mendapati bahawa terdapat persamaan antara prinsip-prinsip etika yang diaplikasikan dalam pendekatan Islam dan konvensional dalam menilai sesebuah aplikasi bioteknologi moden, namun pendekatan Islam meletakkan keutamaan yang tinggi untuk memastikan aplikasi yang diterima pakai tidak bertentangan dengan peraturan-peraturan yang digariskan oleh syariah yang bertujuan untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia (maqāṣid al-sharīʻah). Penilaian
sama ada untuk memanfaatkan potensi kebaikan atau menghindari risiko sesebuah aplikasi adalah berdasarkan kefahaman mengenai perkara-perkara yang diutamakan
dalam Islam (fiqh al-awlawiyyāt), maklumat-maklumat saintifik yang boleh dipercayai dan keperluan semasa masyarakat Islam. Terdapat tiga pendekatan utama yang boleh
dirumuskan daripada respons para ilmuan Islam terpilih terhadap pendekatan konvensional iaitu pendekatan integratif, konstruktif dan dialog. Pendekatan integratif
mengintegrasikan prinsip-prinsip Islam ke dalam pendekatan konvensional, manakala pendekatan konstruktif bertujuan untuk membangunkan bidang bioetika Islam.
Pendekatan dialog pula menekankan keperluan untuk memahami pelbagai perspektif dalam bioetika. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menggubal sebuah garis panduan etika dalam bioteknologi moden yang disepakati dan diterima oleh masyarakat Islam. |
---|