The study of fluid flows and heat transfer near a stagnation point in a Newtonian fluid / Wong Sin Wei

Aliran mantap dua dimensi bendalir likat tak mampat dan pemindahan haba sekitar titik genangan bendalir Newtonan dikaji. Tiga jenis masalah aliran bendalir likat dipertimbangkan. Masalah pertama ialah mengenai kesan daya keapungan ke atas aliran sekitar titik genangan helaian mencancang yang meregan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wong, Sin Wei
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/4178/1/Dissertation_Sin_Wei_07092012.pdf
http://pendeta.um.edu.my/client/default/search/detailnonmodal/ent:$002f$002fSD_ILS$002f988$002fSD_ILS:988492/one?qu=study+of+fluid+flows+and+heat+transfer
http://studentsrepo.um.edu.my/4178/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aliran mantap dua dimensi bendalir likat tak mampat dan pemindahan haba sekitar titik genangan bendalir Newtonan dikaji. Tiga jenis masalah aliran bendalir likat dipertimbangkan. Masalah pertama ialah mengenai kesan daya keapungan ke atas aliran sekitar titik genangan helaian mencancang yang meregang, sementara masalah kedua ialah aliran bendalir likat di atas helaian mendatar yang mengecut atau meregang secara eksponen. Dalam masalah ketiga, kajian terhadap aliran bendalir likat di atas helaian mendatar yang mengecut atau meregang secara eksponen diperluaskan, dengan mengambil kira pelesapan kelikatan dan pemindahan haba. Masalah ini dipengaruhi oleh parameter tertentu, iaitu keapungan, eksponen halaju, sedutan atau suntikan, dan keregangan atau kekecutan sempadan yang bergerak. Daripada tranformasi pembolehubah keserupaan, sistem persamaan pembezaan separa (PPS) dijelmakan kepada sistem persamaan pembezaan biasa (PPB). Penyelesaian sistem PPB diselesaikan secara berangka melalui beza terhingga tengah Keller-box, yang menurunkan persamaan PPB peringkat ketiga atau yang rendah kepada sistem PPB peringkat satu. Ciri-ciri aliran dan pemindahan haba untuk nilai-nilai parameter yang berbeza dikaji dan dibincangkan. Daripada penyelesaian ini, wujud dua penyelesaian yang bergantung kepada parameter-parameter tertentu di mana selain penyelesaian aliran bendalir yang biasa terdapat pula penyelesaian aliran terbalik.