Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri fonetik bunyi bahasa Arab orang Melayu seperti yang disebut oleh penutur bahasa Melayu dalam persekitaran natif mereka. Kajian mendalam tentang persepsi dan penghasilan bunyi bahasa Arab seperti yang diperoleh oleh penutur bahasa Melayu dalam konteks B1 merek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Ridha , Ali Huddin
Format: Thesis
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15538/2/Muhammad_Ridha.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15538/1/Muhammad_Ridha.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15538/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.15538
record_format eprints
spelling my.um.stud.155382025-02-17T18:21:12Z Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin Muhammad Ridha , Ali Huddin P Philology. Linguistics PJ Semitic Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri fonetik bunyi bahasa Arab orang Melayu seperti yang disebut oleh penutur bahasa Melayu dalam persekitaran natif mereka. Kajian mendalam tentang persepsi dan penghasilan bunyi bahasa Arab seperti yang diperoleh oleh penutur bahasa Melayu dalam konteks B1 mereka adalah terhad. Kajian tentang pemerolehan bahasa Arab di Malaysia yang sememangnya mempunyai tumpuan sedemikian tertumpu kepada aspek selain daripada sebutan; aspek tatabahasa dan kosa kata serta perkembangan sejarah adalah diutamakan. Sebaliknya, fokus kajian ini adalah 'persepsi' dan 'penghasilan' bunyi bahasa Arab seperti yang diujarkan oleh penutur natif Melayu. Justeru, kajian ini menilai sejauh mana keupayaan kanak-kanak Melayu dalam menanggapi (perceive) atau mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa Arab yang diperdengarkan kepada mereka (perception). Kajian ini juga mengkaji ciri dan sifat bunyi-bunyi bahasa Arab yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu (production). Selain itu, kajian ini menganalisis sejauh mana hubungan antara keupayaan mendiskriminasi dan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak Melayu serta membangunkan satu model pembelajaran sebutan bunyi bahasa Arab dalam bacaan al-Quran. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian fonetik eksperimental dan lapangan. Seramai 30 orang kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun (18 orang lelaki dan 12 orang perempuan) di sekitar Putrajaya dipilih sebagai subjek kajian bagi ujian persepsi dan ujian penghasilan bunyi. Kaedah ujian persepsi bunyi secara pasangan minimal yang mengandungi bunyi sasaran di akhir kata dan ujian penghasilan bunyi bagi 28 bunyi Arab digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data tersebut dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif serta spektrograf. Hasil kajian mendedahkan bahawa tahap keupayaan persepsi dalam kalangan kanak-kanak Melayu terhadap bunyi-bunyi bahasa Arab adalah tinggi secara keseluruhannya di mana 15 daripada 19 bunyi berada dalam peratusan di atas peluang (above chances) iaitu lapan bunyi seperti /t ت/, /ħ ح/, /ر/, /s س/, /ص/, /ɣ غ/, /q ق/, dan /k ك/ berada di tahap sangat baik manakala tujuh bunyi lagi pada tahap sederhana. Namun, terdapat empat bunyi yang berada di bawah peluang (below chances) iaitu bunyi /ð/, /z/, /h/ dan /Ɂ/. Hasil kajian juga mendapati lima ciri dan sifat bunyi-bunyi Arab yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu adalah pertukaran daerah artikulasi, berlebih-lebihan (exaggeration), ketidaksempurnaan sifat dan penyedutan dan penghembusan udara dan meringankan sebutan. Hasil analisis korelasi pearson pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian ujian persepsi dan ujian penghasilan bunyi di mana semua bunyi yang bermasalah dalam ujian persepsi turut menimbulkan masalah kepada kanak-kanak Melayu dalam ujian penghasilan bunyi. Melalui analisis model regresi linear pelbagai, satu model sebutan bunyi bagi tiga bunyi bahasa Arab yang bermasalah dalam persepsi dan penghasilan bunyi dalam kalangan kanak-kanak Melayu dapat dibangunkan. 2024-05 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15538/2/Muhammad_Ridha.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15538/1/Muhammad_Ridha.pdf Muhammad Ridha , Ali Huddin (2024) Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/15538/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic P Philology. Linguistics
PJ Semitic
spellingShingle P Philology. Linguistics
PJ Semitic
Muhammad Ridha , Ali Huddin
Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin
description Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri fonetik bunyi bahasa Arab orang Melayu seperti yang disebut oleh penutur bahasa Melayu dalam persekitaran natif mereka. Kajian mendalam tentang persepsi dan penghasilan bunyi bahasa Arab seperti yang diperoleh oleh penutur bahasa Melayu dalam konteks B1 mereka adalah terhad. Kajian tentang pemerolehan bahasa Arab di Malaysia yang sememangnya mempunyai tumpuan sedemikian tertumpu kepada aspek selain daripada sebutan; aspek tatabahasa dan kosa kata serta perkembangan sejarah adalah diutamakan. Sebaliknya, fokus kajian ini adalah 'persepsi' dan 'penghasilan' bunyi bahasa Arab seperti yang diujarkan oleh penutur natif Melayu. Justeru, kajian ini menilai sejauh mana keupayaan kanak-kanak Melayu dalam menanggapi (perceive) atau mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa Arab yang diperdengarkan kepada mereka (perception). Kajian ini juga mengkaji ciri dan sifat bunyi-bunyi bahasa Arab yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu (production). Selain itu, kajian ini menganalisis sejauh mana hubungan antara keupayaan mendiskriminasi dan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak Melayu serta membangunkan satu model pembelajaran sebutan bunyi bahasa Arab dalam bacaan al-Quran. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian fonetik eksperimental dan lapangan. Seramai 30 orang kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun (18 orang lelaki dan 12 orang perempuan) di sekitar Putrajaya dipilih sebagai subjek kajian bagi ujian persepsi dan ujian penghasilan bunyi. Kaedah ujian persepsi bunyi secara pasangan minimal yang mengandungi bunyi sasaran di akhir kata dan ujian penghasilan bunyi bagi 28 bunyi Arab digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data tersebut dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif serta spektrograf. Hasil kajian mendedahkan bahawa tahap keupayaan persepsi dalam kalangan kanak-kanak Melayu terhadap bunyi-bunyi bahasa Arab adalah tinggi secara keseluruhannya di mana 15 daripada 19 bunyi berada dalam peratusan di atas peluang (above chances) iaitu lapan bunyi seperti /t ت/, /ħ ح/, /ر/, /s س/, /ص/, /ɣ غ/, /q ق/, dan /k ك/ berada di tahap sangat baik manakala tujuh bunyi lagi pada tahap sederhana. Namun, terdapat empat bunyi yang berada di bawah peluang (below chances) iaitu bunyi /ð/, /z/, /h/ dan /Ɂ/. Hasil kajian juga mendapati lima ciri dan sifat bunyi-bunyi Arab yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu adalah pertukaran daerah artikulasi, berlebih-lebihan (exaggeration), ketidaksempurnaan sifat dan penyedutan dan penghembusan udara dan meringankan sebutan. Hasil analisis korelasi pearson pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian ujian persepsi dan ujian penghasilan bunyi di mana semua bunyi yang bermasalah dalam ujian persepsi turut menimbulkan masalah kepada kanak-kanak Melayu dalam ujian penghasilan bunyi. Melalui analisis model regresi linear pelbagai, satu model sebutan bunyi bagi tiga bunyi bahasa Arab yang bermasalah dalam persepsi dan penghasilan bunyi dalam kalangan kanak-kanak Melayu dapat dibangunkan.
format Thesis
author Muhammad Ridha , Ali Huddin
author_facet Muhammad Ridha , Ali Huddin
author_sort Muhammad Ridha , Ali Huddin
title Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin
title_short Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin
title_full Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin
title_fullStr Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin
title_full_unstemmed Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin
title_sort analisis persepsi dan penyebutan bunyi bahasa arab oleh kanak-kanak melayu / muhammad ridha ali huddin
publishDate 2024
url http://studentsrepo.um.edu.my/15538/2/Muhammad_Ridha.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15538/1/Muhammad_Ridha.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15538/
_version_ 1825160881216946176
score 13.244413