Analisis keperluan golongan belia gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur / Nurmahfuzah Razak

Gelandangan merupakan satu permasalahan sosial sejagat. Gelandangan berpunca daripada interaksi pelbagai faktor yang saling terkait, termasuk faktor individu, sosial dan faktor struktural. Golongan gelandangan terdiri daripada pelbagai latar belakang; termasuklah golongan belia gelandangan yang meru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurmahfuzah , Razak
Format: Thesis
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15407/1/Nurmahfuzah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15407/2/Nurmahfuzah_Razak.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15407/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gelandangan merupakan satu permasalahan sosial sejagat. Gelandangan berpunca daripada interaksi pelbagai faktor yang saling terkait, termasuk faktor individu, sosial dan faktor struktural. Golongan gelandangan terdiri daripada pelbagai latar belakang; termasuklah golongan belia gelandangan yang merupakan tumpuan kajian ini. Walaupun terdapat pelbagai bentuk intervensi dan perkhidmatan telah disediakan oleh pelbagai pihak, permasalahan gelandangan masih tidak mampu ditangani secara sepenuhnya. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada program bantuan dan perkhidmatan yang disediakan memenuhi keperluan golongan belia gelandangan ini. Bagi memahami dengan lebih mendalam berkenaan bentuk keperluan golongan belia gelandangan, satu kajian kualitatif telah dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan belia menjadi gelandangan, menganalisis masalah dan defisit keperluan yang dihadapi oleh golongan belia gelandangan, dan mencadangkan serangkaian tindakan pemantapan terhadap program-program intervensi sosial sedia ada untuk memenuhi keperluan golongan belia gelandangan agar mereka dapat hidup berdikari dan kembali berintergrasi ke dalam masyarakat. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik temubual secara mendalam bagi mengumpulkan maklumat daripada 22 orang belia gelandangan yang hidup bergelandangan di jalanan serta tinggal di bilik sewa di sekitar kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati golongan belia gelandangan dapat memenuhi keperluan fisiologi mereka; namun, masih tidak mampu memenuhi keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, punya-mempunyai (belonginess) dan penerimaan (acceptance), keperluan kendiri, keperluan kognitif, keperluan kemahiran dan keperluan kesempurnaan diri masih tidak mampu dicapai secara sepenuhnya. Kajian ini mencadangkan agar program intervensi sosial yang dirancang dan dilaksanakan perlu memenuhi defisit keperluan serta mampu memperkasakan golongan belia gelandangan agar mereka dapat keluar daripada kehidupan bergelandangan dan kembali berintegrasi ke dalam masyarakat.