Penukaran kod pensyarah bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru / Nurul Atikah Md Shafee

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan pola linguistik dan fungsi penukaran kod pensyarah serta persepsi pelatih terhadap penukaran kod dalam kelas bahasa Arab. Sampel kajian ini diambil daripada 3 orang pensyarah bahasa Arab dari sebuah institut pendidikan guru yang mengajar menggunakan medium baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Atikah , Md Shafee
Format: Thesis
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15255/1/Nurul_Atikah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15255/2/Nurul_Atikah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15255/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menerangkan pola linguistik dan fungsi penukaran kod pensyarah serta persepsi pelatih terhadap penukaran kod dalam kelas bahasa Arab. Sampel kajian ini diambil daripada 3 orang pensyarah bahasa Arab dari sebuah institut pendidikan guru yang mengajar menggunakan medium bahasa tersebut ke atas sekumpulan guru pelatih Tahun 3. Rakaman audio, temu bual dan soal selidik digunakan sebagai instrumen penyelidikan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Teori yang diperkenalkan Scotton (1993) melalui model Matrix Language Frame diguna pakai bagi menerangkan pola lingustik dalam kajian ini. Manakala bagi tujuan menganalisis fungsi penukaran kod, penyelidik mengguna pakai teori perbualan Gumperz (1982). Dapatan menunjukkan bahawa pensyarah menggunakan penukaran kod semasa mengajar, bertukar dari bahasa Arab ke bahasa Melayu atau sebaliknya dengan wajar semasa mengajar bahasa sasaran iaitu bahasa Arab. Didapati juga bahawa penukaran kod pensyarah membawa pelbagai fungsi penting, baik tujuan pedagogi mahupun sosial. Di samping itu, majoriti daripada 49 orang pelatih yang menjawab soal selidik mempunyai pandangan positif mengenai penukaran kod pensyarah semasa pengajaran.