Penguasaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaya / Norfaizal Jamain
Kosa kata bahasa Melayu mempunyai peranan yang penting terutamanya kepada pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa untuk menguasai bahasa Melayu disebabkan oleh kekurangan kosa kata kerana kurang menggunakan strategi pembelajaran kosa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/15242/1/Candidates_declaration_%2D_Dr._Nofaizal_Jamain_(1).pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15242/2/Norfaizal_Jamain.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15242/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kosa kata bahasa Melayu mempunyai peranan yang penting terutamanya kepada pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa untuk menguasai bahasa Melayu disebabkan oleh kekurangan kosa kata kerana kurang menggunakan strategi pembelajaran kosa kata dengan sebaik mungkin semasa mempelajari bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis saiz kosa kata bahasa Melayu di samping menghuraikan hubungan korelasi penggunaan strategi pembelajaran kosa kata yang diamalkan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini akan menilai faktor-faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penguasaan kosa kata bahasa Melayu dengan menggunakan Model Pemerolehan Bahasa Kedua Ellis (1994) dan Taksonomi Schmitt (1997). Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan terhadap 30 orang pelajar antarabangsa ijazah tinggi yang sedang mengikuti kursus Bahasa Malaysia Asas di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan, iaitu ujian penilaian kosa kata dan borang soal selidik berkaitan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu. Selepas itu, data dianalisis dengan menggunakan ujian -t, ujian korelasi Pearson, interpretasi hubungan dan regresi berganda. Hasil kajian membuktikan, wujudnya hubungan yang signifikan selepas pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menunjukkan nilai p = 0.000 (< 0.05). Selain itu, seramai tujuh (23.33%) orang pelajar berjaya melepasi tahap 3000 penguasaan kosa kata berbanding 23 (76.67%) berada di bawah tahap penguasaan kosa kata. Bagi strategi pembelajaran pula, pelajar banyak mengamalkan strategi memori dengan memperoleh nilai min = 3.76 dan nilai sisihan piawai = 0.99, dan hubungan interpretasi berada pada tahap yang tinggi. Keseluruhan penggunaan strategi pembelajaran kosa kata dalam kajian ini berada pada tahap yang sederhana kerana memperoleh nilai min = 3.59 dan nilai sisihan piawai 1.05. Bagi menjelaskan hubungan korelasi pemboleh ubah strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu, hasil kajian membuktikan bahawa nilai r yang diperoleh ialah 0.889 dan nilai signifikan p = 0.000. Faktor-faktor seperti jantina, umur dan bidang pengajian pula, hasil kajian tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap penguasaan kosa kata kerana memperoleh nilai p = >0.05. Sebagai kajian lanjutan, satu Ujian Khas Kosa Kata Bahasa Melayu boleh dibentuk dengan kerjasama daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia. Justeru, kajian kosa kata bahasa Melayu perlu diteruskan dan dipergiatkan lagi demi kelangsungan dan pengantarabangsaan bahasa Melayu pada masa akan datang.
|
---|