Sumbangan Muhammad Abdel Haleem dalam pengajian tafsir al-Quran: Kajian terhadap karya Exploring The Qur’an: Context and Impact / Raden Qurratu‘Aini Muhammad Mun‘Im
Salah tafsir teks al-Quran adalah antara isu penting yang dibincangkan dalam pengajian tafsir al-Quran. Sesuai dengan perkembangan zaman yang turut menyaksikan kompleksnya taakulan manusia, rekonstruksi pemahaman al-Quran berlangsung khususnya dalam bidang pentafsiran al-Quran yang dipengaruhi oleh...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/15032/1/Raden_Qurratu%E2%80%98Aini.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15032/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Salah tafsir teks al-Quran adalah antara isu penting yang dibincangkan dalam pengajian tafsir al-Quran. Sesuai dengan perkembangan zaman yang turut menyaksikan kompleksnya taakulan manusia, rekonstruksi pemahaman al-Quran berlangsung khususnya dalam bidang pentafsiran al-Quran yang dipengaruhi oleh ideologi tertentu dan mengutamakan pertimbangan akal semata-mata akibat meninggalkan peranan wahyu itu sendiri. Kajian ini dikemukakan bertujuan untuk mengedepankan penghujahan Muhammad Abdel Haleem bagi menjawab sebilangan salah tafsir ayat al-Quran oleh segelintir pihak seperti Orientalis dan ahli akademik Barat. Kewajaran kajian ini signifikan apabila hasrat Barat dalam mengadukkan kebenaran dan kebatilan dalam urusan agama Islam dapat dilihat melalui wacana pentafsiran al-Quran sehingga wujudnya salah faham daripada salah tafsir teks al-Quran itu sendiri. Justeru, Muhammad Abdel Haleem sebagai salah seorang ilmuwan Islam dari dunia Barat tampil melawan ancaman dan pengaruh yang berbentuk penyelewengan terhadap tafsiran teks al-Quran. Maka, pengkaji menganalisis karya beliau berjudul Exploring the Qur’an: Context and Impact tampil dengan hujahan-hujahan ampuh tersebut dengan menggunakan kaedah pengumpulan data merangkumi penentuan subjek, penyelidikan perpustakaan, metode dokumentasi dan metode historis, serta menggunakan kaedah menganalisis data meliputi metode induktif, deduktif, komparatif dan analisis teks. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penghujahan Muhammad Abdel Haleem dalam menjawab salah tafsir ayat al-Quran adalah cenderung menerusi pemahaman nas al-Quran melalui hujah akal (logik), sumber ilmu bahasa dan latar belakang sejarah.
|
---|