Aplikasi ijtihad kontemporari dalam fatwa semasa: Analisis fatwa-fatwa Negeri Selangor dari tahun 2009-2013 / Ainon Mardhiah Zawawi

Konsep ijtihad mempunyai kaitan langsung dengan fatwa kerana ia merupakan saluran penyelesaian bagi masalah yang tidak mempunyai rujukan nas. Di Malaysia, kesan perkembangan sains teknologi, ekonomi dan perubahan sosial masyarakat telah menjadikan pelbagai isu baru dan permasalahan hukum turut berke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ainon Mardhiah , Zawawi
Format: Thesis
Published: 2019
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/13919/1/Ainon_Mardhiah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/13919/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep ijtihad mempunyai kaitan langsung dengan fatwa kerana ia merupakan saluran penyelesaian bagi masalah yang tidak mempunyai rujukan nas. Di Malaysia, kesan perkembangan sains teknologi, ekonomi dan perubahan sosial masyarakat telah menjadikan pelbagai isu baru dan permasalahan hukum turut berkembang dengan cepat. Oleh itu, keperluan fatwa dalam menjawab segala persoalan baru ini adalah penting dan institusi fatwa adalan badan yang bertanggungjawab dalam memberikan jawapan bagi permasalahan hukum tersebut. Kajian menunjukkan bahawa pengamalan institusi fatwa di Malaysia dalam menghasilkan sesuatu fatwa adalah melalui pendekatan ijtihad j m „i atau (collective ijtihad), penggunaan takhayyur dan t lfīq, pengambilkiraan realiti semasa dan pendekatan m q ṣidi. Pendekatan ini digambarkan oleh para ulama sebagai ijtihad kontemporari. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana pendekatan ini telah digunakan oleh institusi fatwa di Malaysia dengan memilih fatwa yang dihasilkan oleh jawatankuasa fatwa negeri Selangor dari tahun 2009 hingga 2013 sebagai sampel. Data yang dikumpulkan termasuk fatwa, kertas kerja penyelidikan fatwa yang dihasilkan oleh Bahagian Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Selangor dan temu bual dengan beberapa pegawai yang terlibat dalam penyelidikan fatwa. Ia kemudian dianalisis secara analisis induktif dan deduktif dengan menggunakan pelbagai rujukan terutamanya kitab-kitab fiqh, karya akademik dalam buku dan jurnal. Hasil analisis yang dijalankan terhadap 5 sampel fatwa daripada 139 fatwa yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mendapati bahawa penyelidikan fatwa yang dijalankan telah menggambarkan konsep penyelidikan fatwa dalam kerangka ijtihad kontemporari khususnya dalam pengamalan ijtihad j m „i dan penglibatan golongan pakar daripada pelbagai bidang iaitu (100%) dimana ia digunakan dalam kelima-lima sampel fatwa. Aplikasi pendekatan m q ṣidi telah digunakan dalam 4 sampel fatwa (80%) dan pengambilkiraan realiti semasa dan sosial juga diutamakan dalam menghasilkan fatwa 3 daripada sampel fatwa (60%). Manakala pengunaan takhayyur dan t lfīq telah digunakan dalam 2 daripada 5 sampel fatwa tersebut (40%). Di Malaysia, meskipun dominasi mazhab Sy fi dalam amalan fatwa masih berlaku namun demi meraikan tuntutan perkembangan semasa, laluan dibuka untuk mengambil pandangan di luar mazhab Sy fi , bahkan sampai kepada ijtihad yang lebih bebas telah diperuntukkan dalam enakmen negeri-negeri. Oleh itu, bagi menyelesaikan isu yang berbangkit dalam kalangan masyarakat jawatankuasa fatwa diberikan kebebasan untuk menentukan kaedah yang dilihat sesuai berasaskan kepada keperluan dan tuntutan realiti semasa.