Keluarga sebagai agen sosialisasi politik utama: Kajian kes di Kampung Istana, Batu Pahat / Marinayadzmin Mohd Radzif
ohor merupakan negeri kelahiran Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai United Malays National Organisation (UMNO) pada tahun 1946. Penubuhan UMNO berasaskan semangat tinggi orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan setelah lama dijajah.Hasilnya, UMNO kekal sebagai kerajaan peme...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/13471/1/MARINAYADZMIN__17170177_(EIA170075).pdf http://studentsrepo.um.edu.my/13471/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | ohor merupakan negeri kelahiran Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai United Malays National Organisation (UMNO) pada tahun 1946. Penubuhan UMNO berasaskan semangat tinggi orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan setelah lama dijajah.Hasilnya, UMNO kekal sebagai kerajaan pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan seterusnya mendapat kepercayaan rakyat atas jasa membela hak serta kepentingan seluruh kaum di Malaysia. Walaubagaimanapun, UMNO gagal mengekalkan kubu kuat mereka terutamanya di Johor pada Pilihan Raya Utama yang ke 14 (PRU-14).
Kajian ini menumpukan kepada peranan institusi keluarga sebagai agen sosialisasi politik utama orang Melayu. Ia turut meninjau peranan ketua keluarga yang berpotensi mempengaruhi budaya politik ahli keluarga. Terdapat kemungkinan berlaku perubahan peranan, reversible role antara ibu bapa dan anak-anak kerana anak-anak pada zaman ini dilihat berpotensi mempengaruhi pandangan dan keputusan politik ibu bapa mereka. Perkembangan politik ini adalah seiringan dengan kemunculan agen-agen sosialisasi politik yang baru seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta media massa dalam mencorak orientasi politik masyarakat kini.
Oleh itu, kajian turut menyelidik sekiranya terdapat agen sosialisasi lain yang dilihat lebih berpengaruh dalam mempengaruhi pendirian komuniti Melayu dan tahap sokongan mereka terhadap UMNO kini. Akhir sekali, kajian akan mengenal pasti sekiranya sokongan orang Melayu terhadap UMNO dapat dikembalikan untuk menjamin kedudukan UMNO sebagai kerajaan pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan pada PRU akan datang. |
---|