Suatu penyiasatan sosio-ekonomi mengenai orang-orang muslim keturunan India (Indian-Muslim) di Kuala Lumpur / Aminuddin Abu Bakar
Malaysia adalah sebuah negara dimana penduduk-penduduknya terdiri dari berbilang bangsa serta mempunyai latar-belakang ugama dan kebudayaan yang berlainan sama sekali. Terdapat tiga golongan ethnik yang utama dinegara ini, yaitu Melayu, Cina dan India. Banyak kajian telah dijalankan mengenai ket...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1974
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/13314/4/Aminuddin_Abu_Bakar.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/13314/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia adalah sebuah negara dimana penduduk-penduduknya
terdiri dari berbilang bangsa serta mempunyai latar-belakang
ugama dan kebudayaan yang berlainan sama sekali. Terdapat
tiga golongan ethnik yang utama dinegara ini, yaitu Melayu,
Cina dan India. Banyak kajian telah dijalankan mengenai ketiga-tiga golongan masyarakat tersebut sana ada mengenai satu-satu aspek atau secara keseluruhannya.(1) Biasanya, tulisan-tulisan tersebut adalah berbentuk kedaerahan walaupun ada juga yang menulis secara umum. Tetapi jika dianalisa dengan lebih teliti lagi, kita akan dapati bahawa sebenarnya terdapat berbagai-bagai golongan etnik yang kecil lagi seperti orang-orang dari Sri Lanka, Pakistan, Eropah dan sebagainya. Mereka juga merupakan penduduk negara ini.
Bagi golongan-golongan kecil tersebut, tidak ada lagi kajian mendalam yang telah dibuat mengenai mereka. Maka atas kesedaran inilah, pengkaji mengambil inisiatif untuk meninjau serba-sedikit akan latar-belakang kehidupan komuniti 'Indian-Muslim' dinegara ini, khususnya di Kuala Lumpur. Oleh kerana kajian ini merupakan satu 'pioneer study', maka pengkaji telah hanya menyentuh akan aspek sosio-ekonomi serta politik secara 'am sahaja. Ini bermakna peluang masih terbuka kepada pengkaji-pengkaji yang lain untuk membuat kajian atau penyelidikan yang lebih intensif lagi mengenai komuniti tersebut dengan menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang tertentu. |
---|