Hadith al-Dayn dalam al-Kutub al-Sittah: Kajian kefahaman dan amalan dalam kalangan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur / Nik Mohd Zaim Ab Rahim
Kajian ini melibatkan penelitian terhadap hadith-hadith tematik dalam al-Kutub al-Sittah dengan tumpuan kepada dua tema iaitu al-Wafa’ bi al-Dayn dan Adab al-Da’in wa al- Madin. Objektif umum kajian ini untuk mengenal pasti hadith-hadith Dayn dengan makna hutang. Manakala objektif khusus pula untuk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12590/1/Nik_Mohd_Zaim.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12590/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini melibatkan penelitian terhadap hadith-hadith tematik dalam al-Kutub al-Sittah dengan tumpuan kepada dua tema iaitu al-Wafa’ bi al-Dayn dan Adab al-Da’in wa al- Madin. Objektif umum kajian ini untuk mengenal pasti hadith-hadith Dayn dengan makna hutang. Manakala objektif khusus pula untuk mengenal pasti hadith-hadith mengenai pelunasan hutang dan adab-adab penghutang dan pemiutang serta menganalisis fiqh al hadith. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman terhadap konsep berhutang menerusi tiga aspek iaitu hukum berhutang, proses dan tanggungjawab terhadap hutang. Kajian juga akan mengukur tahap amalan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur terhadap amalan berhutang dari aspek keprihatinan terhadap hutang, pemilihan produk patuh syariah dan sikap bersegera melunaskan hutang. Kajian ini dilaksanakan dalam dua cara iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Bagi kajian kepustakaan, metode analisis kandungan digunakan untuk mendapatkan data interim untuk pengkaji menganalisis melalui metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian kepustakaan menunjukkan 95 hadith menyokong dua tema yang dikaji iaitu kefahaman dan amalan terhadap hutang dengan masing-masing 50 dan 45 hadith. Bagi kajian lapangan, satu soal selidik dijalankan untuk mengukur tahap kefahaman dan amalan berhutang. Satu ratus enam puluh sembilan kakitangan dari UTM terlibat di dalam kajian ini. Dapatan kajian dari soal selidik mendapati tahap kefahaman responden adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan positif antara kefahaman dan amalan mengenai hutang dalam kalangan responden. Semakin tinggi tahap kefahaman terhadap hutang, semakin tinggi juga amalan terhadap pelunasan hutang.
|
---|