Integrasi dan assimilasi budaya kaum Baba ke dalam budaya Melayu: Satu kajian perbandingan / Sadiah Abu Samah

Latihan ilmiah ini bertujuan untuk melihat hubungan yang berlaku diantara kumpulan marginal baba dengan kumpulan melayu yang dominan dalam kompesisi masyarakat malaysia. Dalam kajian ini yang ditekankan ialah aspek integrasi dan assimilasi yang ujud akibat daripada hubungan tadi. Selain daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sadiah, Abu Samah
Format: Thesis
Published: 1976
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12554/1/Sadiah_Abu_Samah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12554/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini bertujuan untuk melihat hubungan yang berlaku diantara kumpulan marginal baba dengan kumpulan melayu yang dominan dalam kompesisi masyarakat malaysia. Dalam kajian ini yang ditekankan ialah aspek integrasi dan assimilasi yang ujud akibat daripada hubungan tadi. Selain daripada itu dikaji juga adakah proses yang berlaku ini mencapai peringkat kesempurnaannya sehingga tidak akan menimbulkan lagi masalah-masalah dalam hubungan yang dilakukan. Disamping itu juga sekiranya hubungan itu masih lagi tidak sempurna, akan dilihat sejauhmanakah integrasi dan assimilasi ini telah dilakukan. Dalam melihat proses integrasi dan assimilasi ini akan diberi penekanan kepada beberapa faktor yang dianggap penting. Diantaranya ialah faktor ugama. Ugama akan dilihat samada ianya boleh menjadi satu faktor yang dapat menyatukan atau mengukuhkan lagi integrasi dan assimilasi yang masih berjalan itu. Kemudian faktor sosial juga akan dilihat samada ianya boleh dijadikan sebagai faktor pendorong yang asasi dalam proses integrasi dan assimilasi tadi. Disamping itu akan dilihat juga apakah faktor-faktor yang boleh menghalang kepada proses ini untuk mencapai ke peringkat sempurna. Tajuk ini dipilih kerana kajian seperti ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengkaji pun. Apa yang mereka lakukan selama ini ialah melihat hubungan diantara golongan majoriti misalnya diantara golongan melayu dengan golongan China atau India. Jadi, sekarang cuba dilakukan satu kajian mikro diantara golongan marginal dengan golongan dominan.