Pelaksanaan etika kerja Islam dalam kalangan guru sekolah agama swasta: Kajian kes di Sekolah Islam Darul Ehsan, Selangor / Zatil Hidayah Mohamad Yusof
Pencapaian sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh pekerjanya. Islam sebagai agama yang syumul telah memberikan panduan yang menyeluruh tentang etika yang sepatutnya diamalkan dalam kerjaya mereka. Dalam masa yang sama, masalah- masalah dalam kalangan guru sekolah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12525/1/Zatil_Hidayah.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12525/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pencapaian sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh pekerjanya. Islam sebagai agama yang syumul telah memberikan panduan yang menyeluruh tentang etika yang sepatutnya diamalkan dalam kerjaya mereka. Dalam masa yang sama, masalah- masalah dalam kalangan guru sekolah agama sering mendapat liputan media massa kebelakangan ini. Antara masalah yang dimaksudkan termasuklah salah guna kuasa dan salah laku moral yang melibatkan etika profesion perguruan. Senario ini telah menarik minat pengkaji untuk meneliti pelaksanaan etika kerja Islam dalam kalangan guru sekolah agama dengan lebih mendalam. Untuk itu, Sekolah Islam Darul Ehsan telah
diambil sebagai kes kajian ini. Kajian ini telah meletakkan tiga objektif iaitu meneliti usaha-usaha penerapan etika kerja Islam, mengukur tahap pengamalan etika kerja Islam serta menganalisis impak pengamalan etika kerja Islam terhadap guru-guru di Sekolah Islam Darul Ehsan.
Manakala metodologi kajian ini ialah temubual,soal selidik, pemerhatian dan juga dokumentasi. Dapatan kajian menunjukkan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak Sekolah Islam Darul Ehsan dalam menerapkan etika kerja Islam. Tahap pengamalan guru-guru juga pada tahap yang tinggi. Walaubagaimanapun, impak pengamalan etika kerja Islam masih pada tahap sederhana. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak pentadbiran sekolah agama swasta di Selangor dan juga kepada dunia pendidikan Islam secara umumnya.
|
---|