Wanita India di ladang dan hak reproduktifnya: Satu kajian kes di Ladang Teluk Merbau / Vanitha Ponnusamy

Latihan ilmiah ini adalah sebuah kajian kes mengenai hak reproduktif di kalangan wanita India di Ladang Teluk Merbau. Penumpuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada wanta India di sini mempunyai hak reproduktif serta tanggapan mereka mengenainya. Kajian ini dibahagi kepada beberapa bab untuk memb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Vanitha , Ponnusamy
Format: Thesis
Published: 1993
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12274/1/vanitha.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12274/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini adalah sebuah kajian kes mengenai hak reproduktif di kalangan wanita India di Ladang Teluk Merbau. Penumpuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada wanta India di sini mempunyai hak reproduktif serta tanggapan mereka mengenainya. Kajian ini dibahagi kepada beberapa bab untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan sistematik. Bab pertama mengandungi secara amnya objektif, skop dan signifikan kajian. Selain itu, terdapat juga maklumat tentang kumpulan yang dikaji, metodologi dan masalah yang dihadapi di dalam kajian ini. Bab kedua merupakan penerangan mengenai latarbelakang Ladang Teluk Merbau yang merangkumi lokasi, saiz demografi dan struktur pekerjaan. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di ladang ini juga diterangkan di dalam bab ini. Bab ketiga menyentuh mengenai konsep teori-teori yang digunakan dalam kajian ini. Perhatian yang lebih diberikan kepada konsep peranan. Bab keempat pula memberi maklumat mengenai latarbelakang responden. Diantaranya ialah umur responden, tahap pelajaran, saiz keluarga dan pendapatan seisi rumah. Bab lima membentangkan hasl kajian ini. Khususnya ia menyentuh menegani persoalan hak reproduktif wanita dari tiga aspek iaitu perkahwinan, “chidlbearing” dan perancang keluarga. Perbincangan mengenai kesedaran wanita akan hak reproduktifnya serta faktor-faktor yang mempengaruhinya turut dibincangkan. Bab enam pula menyimpulakn segala perbincangan akan hasil kajian yang telah dibuat. Beberapa cadangan juga telah diberi untuk mengatasinya.