Penghijrahan ke Singapura: Pendapatan sebagai sebab dan kesannya (satu kajian kes di kg. Cherok Kelian Ulu, Pulai, Baling, Kedah) / Mohd Yusof Yahaya
Permasalahan penghijrahan merupakan suatu fenomena yang semakin serius di negara ini walaupun terdapat setengah pihak yang menganggapnya sebagai perkara yang kecil. Sebenarnya samada diakui atau tidak, permasalahan ini mempunyai pengaruh dan implikasi yang mendalam terhadap kehidupan dan sosio-ekon...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1984
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12267/1/Mohd_Yusof_Yahaya.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12267/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Permasalahan penghijrahan merupakan suatu fenomena yang
semakin serius di negara ini walaupun terdapat setengah pihak yang menganggapnya sebagai perkara yang kecil. Sebenarnya samada diakui atau tidak, permasalahan ini mempunyai pengaruh dan implikasi yang mendalam terhadap kehidupan dan sosio-ekonomi masyarakat dan negara seluruhnya. oleh yang demikian, begitu kerap dan banyak kajian telah dijalankan oleh para pengkaji baik pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar. Berbagai-bagai syor dan cadangan telah dikemukakan supaya pertimbangan dan tindakan yang wajar perlu dilakukan oleh pdnak kerajaan.
Narnun begitu, permasalahan ini terus berlaku dan sudah barang tentu kajian terhadapnya ikut terus dijalankan. Walau bagaimanapun, suatu hal yang jelas didapati, kebanyakkan kajian-kajian yang terawal lebih banyak bertumpu kepada penghijrahan di peringkat dalam negara sahaja. Justeru itu, kajian ini merupakan suatu kajian yang meninjau permasalahan penghijrahan yang berlaku di peringkat luaran. Tumpuan kajian ialah terhadap peghijrahan di kalangan penduduk Kg. Cherok Kelian ulu, Baling, Kedah ke Singapura. Seperkara penting dalam kajian ini ialah pengkaji lebih menekankan soal 'pendapatan' samada tentang sebab-sebab penghijrahan ataupun tentang kesannya. Kedua-dua cara penekanan kajian ini menampakkan semacam perbezaan dengan kajian-kajian
terdahulu. oleh itu, pengkaji telah menerangkan di dalam tujuh bab untuk melengkapkan kajian ini. |
---|