Masalah kualiti perumahan: Satu kajian kes di Rancangan Perumahan Lembah Kesang, Melaka / Zainuriah Ibrahim

Menyelesaikan masalah perumahan di zaman dahulu tidaklah sesukar menyelesaikan masalah tersebut di zaman ini. Kemajuan dalam Sains dan Teknologi serta keadaan masyarakat yang semakin kompleks telah menyebabkan manusia itu ingin memiliki rumah yang dapat memberikan kepuasan kepadanya lebih daripada s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainuriah , Ibrahim
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12142/1/zainuriah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12142/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menyelesaikan masalah perumahan di zaman dahulu tidaklah sesukar menyelesaikan masalah tersebut di zaman ini. Kemajuan dalam Sains dan Teknologi serta keadaan masyarakat yang semakin kompleks telah menyebabkan manusia itu ingin memiliki rumah yang dapat memberikan kepuasan kepadanya lebih daripada sebagai tempat perlindungan semata-mata. Ini suatu hakikat. Kajian "Masalah Kualiti Perumahan: Satu kajian Kes di Rancangan Perumahan Lembah Kesang, Melaka" ini, merupakan satu usaha untuk mengenal pasti salah satu daripada beberapa bentuk permasalahan yang seringkali timbul dalam melaksanakan program-strategi perumahan. Keengganan peserta perumahan menerima kunci rumah masing-maaing adalah merupakan pokok permasalahan yang hendak dikaji. Dikatakan, kerendahan mutu binaan rumah adalah punca permasalahan. Oleh itu, penulisan Latihan Ilmiah ini akan memperkatakan tentang aspek kualiti binaan rumah, dengan memberikan penumpuan khusus kepada bentuk-bentuk kecacatan rumah dan sebab-sebab berlakunya fenomena tersebut. Dalam menganalisa dan menghuraikan perkara ini, tidak dapat tidak, penulis akan menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab serta masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi perlaksanaan iaitu pemaju perumahan dan juga penyelaras projek. Sejauh manakah kebenaran kenyataan yang mengatakan bahawa kerendahan mutu binaan rumah adalah faktor tunggal keengganan peserta perumahan menerima kunci rumah masing-masing juga akan dapat dinilai dalam penulisan ini. Melalui kaedah dokumentasi, pengkaji menemui beberapa penemuan (findings) antaranya ialah; permasalahan yang timbul itu adalah juga kesan daripada kelemahan dalam perancangan dan perlaksanaan membekalkan kemudahan prasarana ke tapak perumahan. Oleh kerana masalah perumahan tidak boleh dilihat dari perepektif yang menyeluruh, maka dalam penulisan ini, pengkaji tidak dapat lari dari memperkatakan ten tang kelomahan pihak peranoang ia tu Unit Perancangan Negeri dan agensi perlakasaan, seperti JKR, LLN Kementerian Pelajaran dan lain-lain lagi dalam usaha membekalkan kemudahan prasarana ke tapak projek tersebut. Dari penemuan kajian itu, pengkaji telah mengemukakan beberapa pandangan yang ebrdasarkan pada pengetahuan teoritis dan pemikiran yang rasional sebagai rumusan terhadap masalah kajian ini.