Pembantu rumah Filipina di Lembah Kelang / Lau Pei Shan

Latihan ilmiah ini membincangkan tentang pembantu rumah Filipina di Lembah Kelang. Penulis telah membahagikan latihan ilmiah ini kepada lima bab supaya perbincangan yang baik dapat dijalankan. Bab pertama merupakan pengenalan kepada kajian ini. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini adalah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lau , Pei Shan
Format: Thesis
Published: 1994
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12068/1/lau_pei_shan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12068/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini membincangkan tentang pembantu rumah Filipina di Lembah Kelang. Penulis telah membahagikan latihan ilmiah ini kepada lima bab supaya perbincangan yang baik dapat dijalankan. Bab pertama merupakan pengenalan kepada kajian ini. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini adalah tujuan dan bidang kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian, kesulitan kajian. ulasan kajian lepas,pekerja asing di Malaysia dan pembantu rumah asing. Bab kedua menghuraikan tentang latar belakang pembantu rumah Filipina. Di antara perkara yang dibincang dalam bab ini adalah latar belakang peribadi responden, sebab-sebab memilih mendapat kerja dan pekerjaan pembantu rumah, proses persediaan untuk memulakan kerja di Malaysia. Bab ketiga membincangkan kehidupan tempat kerja. Latar belakang majikan, responden Pekerjaan di dan masalahnya, ganjaran, masalah, pertukaran majikan, perlanjutan kontrak dan tingkat kepuasan kerja adalah perkara-perkara yang dibincang dalam bab ini. Dua kajian kes turut disertakan dalam bab ini. Bab keempat menghuraikan tentang kehidupan di luar tempat kerja responden. Bab ini memfokuskan kepada perhubungan dengan pembantu rumah yang lain Filipina perhubungan dengan masyarakat tempatan dan perhubungan dengan keluarga di Filipina. Bab kelima adalah bab penutup kajian ini. Perkara yang dibincang menyentuh ganjaran ekonomi dan sosial, adakah responden menyesal datang bekerja di sini, adakah responden akan balik bekerja di sini sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian, rancangan masa hadapan dan kesimpulan penulis terhadap kajian ini.