Orang-orang Cina Islam di Selangor: Satu kajian sosiologikal / Jamaliah Badri

Kajian yang dibuat ke atas orang-orang Cina Islam dan orang-orang Melayu ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang hubungan etnik di Malaysia. Dalam hal ini, agama Islam dianggap sebagai satu kreateria utama yang menghubungkan antara dua golongan ini. Disamping itu, perlu dikaitkan dengan konsep-k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaliah , Badri
Format: Thesis
Published: 1979
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11848/1/jamaliah_badri.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11848/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dibuat ke atas orang-orang Cina Islam dan orang-orang Melayu ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang hubungan etnik di Malaysia. Dalam hal ini, agama Islam dianggap sebagai satu kreateria utama yang menghubungkan antara dua golongan ini. Disamping itu, perlu dikaitkan dengan konsep-konsep dan teori yang pernah dibuat oleh para sarjana untuk dijadikan sebagai garis panduan dan perbandingan. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologikal. Oleh sebab itu, ianya merangkumi aspek-aspek kemasyarakatan iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam bab I, pengkaji mengemukakan tentang tujuan kajian, hipotesis-hipotesis, cara-cara dan masalah kajian. Bab II diberikan tentang rangka bidang konsep-konsep dan teori yang ada kaitanya dengan kajian ini seperti konsep asimilasi, integrase, etnik, kelompok minority dan konsep Melayu dan budaya. Dalam bab III pula, ada dibentangkan tentang latarbelakang kedua-dua responden iaitu dari segi umur, pekerjaan, Pendidikan dan sebagainya. Adalah perlu sekali untuk mengetahui tentang nilai sosio-budaya orang-orang Cina Islam dan ini dapat dilihat dalam bab IV. Begitu juga dengaan bab V yang memperihalkan tentang nilai responden terhadap aspek-aspek politik dan ekonomi. Akhirnya dalam bab VI, dikemukakan tentang kesimpulan yang didapati dari kajian ini termasuklah segala pandangan dan cadangan-cadangan pengkaji sendiri.