Sistem pengurusan trafik secara elektronik (e-SPT) Pejabat Keselamatan Universiti Malaya / Farah Adiba Abd. Rahman

Sistem pengurusan trafik secara elektronik (e-SPT) dibangunkan untuk membantu kakitangan pentadbiran Pejabat Keselamatan di dalam mengendalikan rekod kesalahan lalulintas di samping menyediakan kemudahan pencarian kepada pelajar dan kakitangan Universiti Malaya untuk menyemak rekod kesalahan masing-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Farah Adiba , Abd. Rahman
Format: Thesis
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11533/1/farah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11533/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem pengurusan trafik secara elektronik (e-SPT) dibangunkan untuk membantu kakitangan pentadbiran Pejabat Keselamatan di dalam mengendalikan rekod kesalahan lalulintas di samping menyediakan kemudahan pencarian kepada pelajar dan kakitangan Universiti Malaya untuk menyemak rekod kesalahan masing-masing secara terus dari mana-mana rangkaian. Bab I adalah bahagian pengenalan kepada projek yang bakal dibangunkan. Ia merangkumi definisi, tujuan, objektif, skop sistem, keperluan perkakasan dan perisian serta jadual perancangan pembangunan sistem. Bab II memberikan maklumat-maklumat kajian yang dijalankan. Kajian yang dijalankan termasuklah membuat kajian sistem sedia ada sistem semasa dan juga sistem baru yang akan dibangunkan. Bahagian ini adalah penting untuk memastikan sistem yang dibangunkan adalah lebih baik daripada sistem yang telah wujud. Metodologi yang dipilih dan analisis sistem yang telah dilakukan diterangkan dengan terperinci di dalam bab III. Analisa terhadap keperluan fungsian dan keperluan bukan fungsian juga dikenalpasti. Sebab pemilihan alatan pembangunan sistem juga telah diterangkan. Bab IV laporan ini adalah merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan rekabentuk sistem yang terdiri daripada rekabentuk aliran data, struktur, pangkalan data dan juga rekabentuk antaramuka. Manakala dalam bab V, bab ini menerangkan tentang perlaksanaan sistem serta fasa pengkodan yang digunakan semasa membangunkan e-SPT. Pengujian sistem diterangkan dengan terperinci dalam bab VI dan VII di mana menerangkan tentang penilaian sistem ini di mana masalah yang dihadapi semasa membangunkan sistem, kekuatan sistem serta pembaharuan pada masa akan datang dan pengalaman diperolehi.