Rekabentuk antaramuka pengguna bagi jadual waktu I / Norfaqurah Zulkafli
Rekabentuk Antaramuka Pengguna bagi Jadual Waktu I ini adalah satu kaedah merekabentuk paparan penjadualan di atas talian di mana kesemua pengguna sistem dapat mencapai dan membuat semakan dari mana-mana kawasan dengan hanya mengakses Internet di lokasi mereka berada. Rekabentuk antaramuka ini dijan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11466/1/Norfaqurah_Zulkafli.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11466/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Rekabentuk Antaramuka Pengguna bagi Jadual Waktu I ini adalah satu kaedah merekabentuk paparan penjadualan di atas talian di mana kesemua pengguna sistem dapat mencapai dan membuat semakan dari mana-mana kawasan dengan hanya mengakses Internet di lokasi mereka berada. Rekabentuk antaramuka ini dijangka dapat membantu pelajar, pensyarah, pihak pentadbiran dan kakitangan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat menyemak jadual waktu untuk mengetahui aktiviti mingguan fakulti, jadual waktu kuliah atau membuat tempahan bilik tanpa perlu melalui prosedur secara manual yang digunakan pada masa sekarang di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Ia memberi garis panduan kepada pelajar semasa membuat penyusunan jadual waktu khususnya kepada pelajar baru agar tidak berlaku pertindihan kelas atau waktu peperiksaan. Rekabentuk ini merangkumi kesemua jadual waktu kuliah pelajar mengikut kursus dan tahap, jadual mingguan fakulti, pensyarah dan bilik kuliah serta jadual peperiksaan. Metodologi pembangunan yang digunakan bagi merekabentuk jadual waktu ini ialah melalui kaedah gabungan model air terjun dan pemprototaipan. Pada lazimnya, untuk merekabentuk sesebuah sistem berantaramuka yang ramah pengguna, beberapa keperluan perisian akan dipertimbangkan. Antara keperluan perisian yang menjadi pilihan bagi pembangunan projek ini adalah seperti perisian Microsoft Page 200, Visual InterDev 6.0, VB Script, Java Script, Flash 5.0, Microsoft Access sebagai pembangunan pangkalan data serta larian pada pelayan Windows NT. |
---|