Persatuan belia bimbingan: Satu kajian kes mengenai persatuan belia bimbingan, Alor Setar, Kedah / Badariah Ahmad

Kajian ini ialah satu kajian kes yang melihat tentang penglibatan kaum belia di bidang pendidikan. Pengkaji juga melihat pada fakta-fakta tentang uaaha-usaha yang dijalankan oleh persatuan belia untuk memajukan golongan mereka sendiri. Tumpuan utama pengkaji ialah pada Persatuan Belia Bimbingan deng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Badariah , Ahmad
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11361/1/badariah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11361/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini ialah satu kajian kes yang melihat tentang penglibatan kaum belia di bidang pendidikan. Pengkaji juga melihat pada fakta-fakta tentang uaaha-usaha yang dijalankan oleh persatuan belia untuk memajukan golongan mereka sendiri. Tumpuan utama pengkaji ialah pada Persatuan Belia Bimbingan dengan melihat PBB sebagai sebuah organisasi. Pengkaji melihat pada latarbelakang penubuhannya, perlembagaan serta aktiviti yang dijalankan dan pengkaji kaitkan aktiviti mereka dengan aspek pembangunan. Pengkaji telah membincangkan soal ini dalam enam bab yang merangkumi perkara-perkara berikut. Dalam bab pertama, pengkaji menyentuh tentang pengenalan, tujuan, bidang dan kepentingan kajian, kaedah penyelidikan serta masalah-masalah yang dihadapi semaaa kajian dijalankan. Pengkaji juga membincangkan cara-cara penyelesaian terhadap masalah ltu dilakukan. Oleh kerana tumpuan kajian pengkajl ialah pada organisasi belia, maka dalam bab dua pengkaji talah membincangkan tentang konsep-konsep belia, pertubuhan sukarela, pendidikan dan pembangunan. Pengkaji telah memberikan definiai pada setiap konsep-konsep itu. Dalam bab ini juga pengkaji membincangkan tentang rancangan-rancangan yang dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan untuk para belia. Di dalam bab tiga dihuraikan beberapa aspek penting tentang latarbelakang tempat kajian, sejarah penubuhannya, perlembagaan dan tujuan penubuhan PBB, syarat-syarat kemasukan dan keahlian, konsep yang diamalkan serta struktur pentadbirannya. Sebelum menyentuh soal ini, pengkaji terlebih dahulu membincangkan tentang institusi sekolah swasta di Alor Setar dan kemudian membandingkan sekolah swasta dengan PBB. Pengkaji kemudiannya membincangkan tentang aktiviti PBB di dalam bab empat. Pengkaji membincangkan aktiviti mereka dari dua aspek iaitu kegiatan PBB di bidang pendidikan dan kegiatan PBB di bidang kemasyarakatan. Selain dari itu pengkaji juga melihat pada usaha-usaha yang dilakukan oleh PBB ke arah pembinaan Kompleks Akademi Rakyat. Bab lima pengkaji terangkan tentang rancangan-rancangan masa depan PBB iaitu yang meliputi soal PBB sebagai sebuah organisasi sukarela. Pengkaji juga melihat kepada kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh PBB serta pendapatan dan perbelanjaan mereka. Bab keenam atau bab terakhir merupakan rumusan yang dibuat oleh pengkaji berdasarkan data-data dan keterangan yang diperolehi membuktikan wujudnya beberapa masalah di dalam PBB. Akhirnya pengkaji memberi saranan-saranan agar masalah itu dapat diatasi. Di samping itu dalam bab ini juga pengkaji membincangkan sejauh mana belia-belia melibatkan diri dalam bidang pembangunan.