Sistem laporan pengajaran pensyarah / Hani Fadhlina Abdul Rahman

Latihan Ilmiah 1 ( WXET 3181 ) - Tesis 1 diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer & Teknologi Maklumat di Universiti Malaya. Pelajar dikehendaki membangunkan satu sistem mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Saya telah ditugaskan untuk membangunk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hani Fadhlina, Abdul Rahman
Format: Thesis
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11262/1/Hani_Fadhlina_Abdul_Rahman.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11262/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan Ilmiah 1 ( WXET 3181 ) - Tesis 1 diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer & Teknologi Maklumat di Universiti Malaya. Pelajar dikehendaki membangunkan satu sistem mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Saya telah ditugaskan untuk membangunkan Sistem Laporan Pengajaran Pensyarah. Saya telah mengambil Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat sebagai kajian kes saya. Sistem yang akan dibangunkan ini akan memudahkan pensyarah-pensyarah merekodkan proses pengajaran mereka. Pensyarah-pensyarah akan dapat merekodkannya secara lebih sistematik. Projek ini akan dibangunkan dengan menggunakan perisisan Lotus Notes. Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang perisian ini saya telah melakukan beberapa kajian dan pencarian. Bebarapa buku mengenai Lotus Note dirujuk bcgitu juga dengan penggunaan sepenuhnya internet di makmal tahun akhir. Laporan yang disediakan ini akan mengandungi tiga bab utama yang terbahagi kepada bab 1 bab 2 dan bab 3. Bab I merupakan pengenalan kepada projek yang akan dibangunkan. Di dalam bab ini saya mengulas tentang definisi projek, objektif projek dan skop projek. Dengan adanya bab ini kita akan dapat mengetahui secara ringkas tentang fungsi-fungsi yang akan dimainkan oleh projek ini termasuklah faedah-faedah yang diperolehi dari projek ini. Secara keseluruhan matlamat utama projek ini dibangunkan ialah untuk memudahkan lagi pengurusan laporan pengajaran pensyarah. Semuanya boleh dilakukan secara elektronik dan sistematik. Bab 2 pula adalah ulasan kesusasteraan yang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pencarian maklumat, ringkasan, analisis maklumat dan juga gambar ataupun sintesis projek. Kerja luar telah dilakukan untuk melihat bagaimana sesuatu perkara itu terjadi. Ini perlu kerana tidak semua maklumat boleh didapati di perpustakaan. Satu sesi soal selidik dan temubual telah dilakukan. Bab yang terakhir pula adalah mengenai bagaimana perancangan-perancangan dan prosedur-prosedur untuk membangunkan projek. Memilih model yang akan digunakan untuk membangunkan projek. Saya juga ada mengulas mengapa model itu dipilih. Selain memperolehi pengetahuan yang baru berkaitan dengan dunia teknologi maklumat, latihan ilmiah satu ini juga amat membantu saya dalam memahami dengan lebih jelas bagaimana peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang perlu diikuti untuk membangunkan sesuatu sistem. Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah belajar melalui pengalaman dan kesilapan merupakan cara terbaik untuk mcmpelajari sesuatu ilmu. Teori ahaja tidak memadai dalam memahami aplikasi sesuatu subjek yang dipelajari. Latihan Ilmiah ini juga memberi pendedahan kepada saya dalam cara serta teknik berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka-mereka yang lebih berpengalaman, yang berbeza peringkat umur, status dan jantina.