Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah

Kewujudan warkah sosial Melayu membuktikan wujudnya komunikasi yang merentas sempadan dalam kalangan masyarakat tempatan ataupun dengan pihak asing. Namun begitu, masyarakat kini masih memandang warkah Melayu sebagai sebuah teks biasa sahaja. Kewujudan warkah Melayu menggambarkan bahawa masyarakat M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Hisyam , Haliah
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11135/2/Muhammad_Hisyam.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11135/1/Muhammad_Hisyam_Haliah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11135/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.11135
record_format eprints
spelling my.um.stud.111352020-03-25T02:08:05Z Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah Muhammad Hisyam , Haliah H Social Sciences (General) Kewujudan warkah sosial Melayu membuktikan wujudnya komunikasi yang merentas sempadan dalam kalangan masyarakat tempatan ataupun dengan pihak asing. Namun begitu, masyarakat kini masih memandang warkah Melayu sebagai sebuah teks biasa sahaja. Kewujudan warkah Melayu menggambarkan bahawa masyarakat Melayu mampu menghasilkan wacana tersendiri. Oleh itu, kajian ini untuk menganalisis satu daripada unsur wacana, iaitu dimensi tekstual dalam warkah sosial Melayu. Kajian dimensi tekstual yang merangkumi aspek struktur teks, kohesi, nahu, dan leksikalisasi memerihalkan teks dari segi bentuk dan makna. Kajian dimensi tekstual dapat membuktikan ketinggian nilai sesepucuk warkah sebagai dokumentasi peristiwa komunikatif masyarakat Melayu. Kajian ini melibatkan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis teks. Sebanyak 21 pucuk warkah sosial Melayu yang diperturunkan daripada sumber sekunder dijadikan bahan kajian. Selaras dengan penggunaan pendekatan kualitatif, pengolahan data berdasarkan kerangka Konseptual Wacana Tiga Dimensi oleh Fairclough (1992&1995) dan hanya menfokuskan dimensi tekstual. Struktur teks warkah sosial Melayu memperlihatkan susunan yang berurutan, iaitu dimulai dengan kepala surat, cap, kata-kata pujian, kandungan, prapenutup, dan penutup. Proses tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain sebagai sebuah kesatuan. Meskipun begitu, kewujudan variasi struktur menggambarkan bahawa komponen tersebut bukanlah bersifat mutlak. Aspek kohesi pula yang digambarkan oleh unsur rujukan, penggantian, elipsis, penghubung, pernyataan semula, dan kolokasi melihat hubungan semantik suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk melahirkan sebuah teks yang utuh. Pengaplikasian aspek nahu modaliti dalam wacana warkah bertindak sebagai unsur perintah dan informasi daripada pengirim kepada sasarannya. Modaliti menyerlahkan hubungan interpersonal daripada sikap pengirim terhadap sebarang pernyataan yang dilakukan. Penumpuan leksikalisasi metafora pula memanipulasikan sejumlah kata yang terangkum daripada satu domain kepada domain yang lain. Metafora tersebut melibatkan metafora perkembangan motor, metafora cinta, metafora pertanian, dan metafora nasib. Kesimpulannya, wacana warkah dapat menggambarkan peristiwa komunikatif dalam konteks ketika itu yang menyerlahkan jalinan makna ideasional, interpersonal, dan teks. 2019-08 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11135/2/Muhammad_Hisyam.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11135/1/Muhammad_Hisyam_Haliah.pdf Muhammad Hisyam , Haliah (2019) Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah. Masters thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/11135/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic H Social Sciences (General)
spellingShingle H Social Sciences (General)
Muhammad Hisyam , Haliah
Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah
description Kewujudan warkah sosial Melayu membuktikan wujudnya komunikasi yang merentas sempadan dalam kalangan masyarakat tempatan ataupun dengan pihak asing. Namun begitu, masyarakat kini masih memandang warkah Melayu sebagai sebuah teks biasa sahaja. Kewujudan warkah Melayu menggambarkan bahawa masyarakat Melayu mampu menghasilkan wacana tersendiri. Oleh itu, kajian ini untuk menganalisis satu daripada unsur wacana, iaitu dimensi tekstual dalam warkah sosial Melayu. Kajian dimensi tekstual yang merangkumi aspek struktur teks, kohesi, nahu, dan leksikalisasi memerihalkan teks dari segi bentuk dan makna. Kajian dimensi tekstual dapat membuktikan ketinggian nilai sesepucuk warkah sebagai dokumentasi peristiwa komunikatif masyarakat Melayu. Kajian ini melibatkan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis teks. Sebanyak 21 pucuk warkah sosial Melayu yang diperturunkan daripada sumber sekunder dijadikan bahan kajian. Selaras dengan penggunaan pendekatan kualitatif, pengolahan data berdasarkan kerangka Konseptual Wacana Tiga Dimensi oleh Fairclough (1992&1995) dan hanya menfokuskan dimensi tekstual. Struktur teks warkah sosial Melayu memperlihatkan susunan yang berurutan, iaitu dimulai dengan kepala surat, cap, kata-kata pujian, kandungan, prapenutup, dan penutup. Proses tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain sebagai sebuah kesatuan. Meskipun begitu, kewujudan variasi struktur menggambarkan bahawa komponen tersebut bukanlah bersifat mutlak. Aspek kohesi pula yang digambarkan oleh unsur rujukan, penggantian, elipsis, penghubung, pernyataan semula, dan kolokasi melihat hubungan semantik suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk melahirkan sebuah teks yang utuh. Pengaplikasian aspek nahu modaliti dalam wacana warkah bertindak sebagai unsur perintah dan informasi daripada pengirim kepada sasarannya. Modaliti menyerlahkan hubungan interpersonal daripada sikap pengirim terhadap sebarang pernyataan yang dilakukan. Penumpuan leksikalisasi metafora pula memanipulasikan sejumlah kata yang terangkum daripada satu domain kepada domain yang lain. Metafora tersebut melibatkan metafora perkembangan motor, metafora cinta, metafora pertanian, dan metafora nasib. Kesimpulannya, wacana warkah dapat menggambarkan peristiwa komunikatif dalam konteks ketika itu yang menyerlahkan jalinan makna ideasional, interpersonal, dan teks.
format Thesis
author Muhammad Hisyam , Haliah
author_facet Muhammad Hisyam , Haliah
author_sort Muhammad Hisyam , Haliah
title Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah
title_short Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah
title_full Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah
title_fullStr Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah
title_full_unstemmed Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah
title_sort analisis wacana warkah-warkah sosial melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / muhammad hisyam haliah
publishDate 2019
url http://studentsrepo.um.edu.my/11135/2/Muhammad_Hisyam.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11135/1/Muhammad_Hisyam_Haliah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11135/
_version_ 1738506446591492096
score 13.211869