Mywealth: Personal Wealth Management System / Nurdiana Abdul Kuddus

Dewasa ini, wang ringgit merupakan faktor yang penting untuk menjamin keselesaan dan kebahagiaan individu ataupun keluarga. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang merungut akan ketiadaan wang yang cukup untuk menampung kehidupan yang tarafnya semakin meningkat hari demi hari. Dengan itu tercetuslah ide...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurdiana, Abdul Kuddus
Format: Thesis
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10948/1/Nurdiana_Abdul_Kuddus.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10948/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini, wang ringgit merupakan faktor yang penting untuk menjamin keselesaan dan kebahagiaan individu ataupun keluarga. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang merungut akan ketiadaan wang yang cukup untuk menampung kehidupan yang tarafnya semakin meningkat hari demi hari. Dengan itu tercetuslah idea untuk membangunkan Sistem MyWealth. Sistem ini adalah sistem yang berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah dalam menguruskan kewangan. Skop sistem ini adalah sangat luas. Sistem ini boleh digunakan oleh semua orang tidak mengira status kaya atau miskin, tua atau muda, yang bekerja atau yang tidak bekerja dan sebagainya. Sistem MyWealth akan menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk merancang perbelanjaan pengguna tidak mengira secara bulanan atau pada bila-bila masa dengan teratur dan teliti. Pengguna boleh mencetak laporan perancangan perbelanjaan ini untuk dijadikan panduan dalam menentukan aliran wang keluar. Selain itu, dengan terbangunnya sistem ini juga akan dapat menggantikan cara pengurusan kewangan yang konvensional, di mana tiada lagi penggunaan buku atau fail untuk mencatatkan perbelanjaan. Pengurusan kewangan yang sistematik akan dapat mengurangkan sifat boros di dalam diri pengguna kerana mereka tahu bagaimana kedudukan kewangan mereka yang sebenarnya. Selain itu, sistem ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pengguna untuk memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi individu yang lebih baik dan stabil dari segi kewangan.