Proses pembuatan gambus masyarakat melayu Brunei Sabah = The process of making the Sabah Malay Bruneian ”Gambus”

Walaupun pelbagai muzik moden telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan masyarakat Melayu Brunei Sabah, namun seni permainan gambus masih lagi digemari oleh kalangan generasi lama dan baru. Setelah membuat pemerhatian terhadap Pesta Gambus Sabah yang diadakan saban tahun (yang mengandungi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Aziz, A.R.
Format: Article
Language:English
Published: University of Malaya Library 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/9016/1/KA28%281%292010-A2.pdf
http://eprints.um.edu.my/9016/
http://www.umlib.um.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun pelbagai muzik moden telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan masyarakat Melayu Brunei Sabah, namun seni permainan gambus masih lagi digemari oleh kalangan generasi lama dan baru. Setelah membuat pemerhatian terhadap Pesta Gambus Sabah yang diadakan saban tahun (yang mengandungi elemen pertandingan dan pertunjukan, kini telah memasuki tahun yang ke-10), terdapat faktor sosiobudaya dan ekonomi yang mempengaruhi kelestarian seni warisan gambus ini. Masyarakat Melayu Brunei Sabah mendiami sekitar pantai Barat Sabah iaitu dari Kota Kinabalu hingga ke Sipitang. Namun, “pusat kehidupan” gambus berada di daerah Papar khususnya di kawasan Bongawan dan sekitarnya. Salah satu daripada faktornya ialah kemampuan masyarakat Melayu Brunei menghasilkan sendiri seni gambus berkenaan iaitu alat muzik itu sendiri, irama dan senikata yang dihasilkan, falsafah dan kecintaan mereka kepada gambus. Projek Pengesahan Fakta Jabatan Muzium Malaysia telah memberi perhatian kepada proses pembuatan gambus iaitu dari aspek pemilihan pokok, kaedah pertukangan yang diamalkan, kepercayaan sehingga sebuah gambus dapat dimainkan. Sehingga kini masih terdapat beberapa pembuat gambus dari kalangan generasi tua (berusia 60 tahun ke atas) tetapi hanya seorang sahaja pembuat yang mewakili generasi muda (berusia di bawah 40 tahun). Empat orang pembuat gambus telah dirakam kaedah pembuatan mereka, tetapi hanya seorang sahaja yang dipilih untuk dipaparkan proses pembuatannya. Manakala tiga orang pembuat gambus yang lain dirujuk sebagai pembanding pada tahap-tahap pembuatannya.