Transformasi penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith: pengalaman dan cabaran di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, APIUM

Penyelidikan Ijazah Tinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Usuluddin dalam bidang pengajian Hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya memerlukan kepada transformasi khususnya daripada aspek topik, metodologi, analisis dan dapatan penyelidikan serta proses pembentukan sarja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suliaman, Ishak
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/2040/1/M46_Dr_Ishak_Hj._Suliaman_MUSNAD2011.pdf
http://eprints.um.edu.my/2040/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan Ijazah Tinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Usuluddin dalam bidang pengajian Hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya memerlukan kepada transformasi khususnya daripada aspek topik, metodologi, analisis dan dapatan penyelidikan serta proses pembentukan sarjana Hadith yang unggul. Transformasi penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith begitu signifikan dilakukan oleh pengkaji dan sarjana Hadith. Transformasi ini secara khusus bertujuan memaparkan sumbangan baru kajian ilmu Hadith yang berasaskan penyelidikan ijazah tinggi untuk manfaat dan kebaikan terhadap aspek pemantapan dan perkembangan teori baru dalam ilmu Hadith. Di samping itu, transformasi ini akan meningkatkan sumbangan terhadap aspek penyelesaian dan panduan terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh ummah. Dari aspek proses penyelidikan, transformasi ini akan memfokuskan terhadap aspek pemantapan aktiviti penyelidikan dan penyeliaan ijazah tinggi yang bersifat lokal dan global. Sehubungan dengan itu, Jabatan al-Quran dan al-Hadith (JQH) yang ditubuhkan secara resmi pada tahun 1996, telah mempunyai pengalaman yang bernilai dari aspek penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith. Bermula pada tahun 1999 sehingga 2010, JQH telah menghasilkan 11 graduan ijazah Doktor Falsafah. Di samping itu, bermula pada tahun 1996 sehingga 2010, 62 graduan Sarjana Usuluddin di bidang pengkhususan Hadith telah dapat dihasilkan. Justeru, terdapat 73 (tesis dan disertasi) yang telah dihasilkan di bidang Hadith yang melibatkan 4 orang penyelia di kalangan pensyarah. Sehubungan dengan itu, setelah 14 tahun memiliki pengalaman menyelia 73 orang sarjana yang melibatkan dari 7 negara, maka satu transformasi akademik yang holistik amat wajar diusahakan sebagai satu cabaran ilmiah khususnya terhadap aspek penyelidikan ijazah tinggi dalam pengajian Hadith di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Justeru, kertas kerja ini akan memaparkan pengalaman JQH di bidang penyelidikan ijazah tinggi di bidang pengajian Hadith. Fokus kertas kerja ini ialah membincangkan aspek transformasi yang menjadi cabaran untuk dilaksanakan khususnya terhadap aspek topik, metodologi, analisis dan dapatan penyelidikan serta proses pembentukan sarjana Hadith yang unggul.