Keperluan terhadap rawatan alternatif Islam: Tinjauan di zon selatan semenanjung Malaysia
Pengubatan tradisional dan komplimentari (PTK) atau dalam istilah Inggeris Complementary and Alternative Medicine (CAM) adalah berbeza mengikut negara, lokasi geografi, latar belakang etnik, sosio-ekonorni dan agama. Budaya rawatan terhadap masyarakat dalam negara multi-ethnic seperti Malaysia m...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.um.edu.my/14609/1/0001.pdf http://eprints.um.edu.my/14609/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengubatan tradisional dan komplimentari (PTK) atau dalam istilah Inggeris
Complementary and Alternative Medicine (CAM) adalah berbeza mengikut
negara, lokasi geografi, latar belakang etnik, sosio-ekonorni dan agama.
Budaya rawatan terhadap masyarakat dalam negara multi-ethnic seperti
Malaysia memerlukan pemahaman terperinci berkenaan budaya setempat
(local culture), kepercayaan (religiousbelief) dan amalan tradisional
(traditional practice) masyarakat setempat. Kajian oleh World Health
Organisation (WHO) menunjukkan 80% populasi negara membangun dan
65% populasi negara maju bergantung kepada PTKdalam penjagaan
kesihatan. Kajian dari tahun 2013 hingga 2014 memperlihatkan satu nilai
signifikan penglibatan masyarakat Muslim dalam bidang perubatan alternatif
di Malaysia. Kehendak terhadap keperluannya meningkat mend adak
sehinggakan wujud pelbagai jenis bentuk rawatan alternatif di Malaysia.
Rawatan alternatif yang dimaksudkan ialah rawatan berasaskan ruqyah, aura,
batin, homeopati dan sebagainya.Salah satu kaedah rawatan alternatif yang
semakin diberi perhatian di Malaysia ialah rawatan alternatif berteraskan
Islam.Pada tahun 2015, dianggarkan telah wujud lebih 200 pus at rawatan
alternatif berteraskan Islam berdaftar di seluruh Malaysia. Peningkatan
populariti dan penggunaan rawatan altematif Islam yang semakin meluas
jelas memberi signifikan kepada polisi kesihatan semasa. Perkembangannya
memberi impak kepada penurunan masalah kesihatan dalam
komuniti.Walaubagaimanapun, sehingga kini 'baseline data' berkenaan
rawatan alternatif Islam sangat terhad dan menjadi keperluan mendesak
untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memaharni
"pattern "penerimaan masyarakat terhadap Islamic medicine. Melihat
kepentingannya, penelitian dilakukanbagi mengukur persepsi masyarakat dari
sudut pengetahuan tentang rawatan altematif Islam, para pengamal, khidmat rawatan disediakan dan prospek masa depan rawatan altematif Islam di
Malaysia. Para responden terdiri dari 148 orang para pesakit yang
mengunjungi pusat rawatan alternatif sekitar zon selatan Semenanjung
Malaysia (iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Jo~or). Berdasarkan edaran
borang soal selidik berstruktur kepada para pesakit yang mengunjungi pusatpusat
rawatan Islam di kawasan kajian, dilakukan analisis menggunapakai
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Rumusan
kajian mendapati "Islamic Medicine" lebih berperanan kepada masyarakat
Muslim di zon kajian berbap.ding perubatan alternatif lain. Kepentingannya
dalam merawat penyakit tidak dapat dinafikan. Persepsi masyarakat
berhubung prospek rawatan alternatif Islam di zon terbabit amat
memberangsangkan.Hal ini menunjukkan kepekaan, keperluan dan sokongan
populasi setempat terhadap rawatan alternatif Islam.Didapati faktor utama
masyarakat Muslim menggunakan cara rawatan .alternatif disebabkan
kelemahan sistem rawatan moden merawat penyakit tertentu. Makalah ini
berguna sebagai daya usaha terkini memahami pemikiran masyarakat
Malaysia berhubung perubatan alternatif Islam seiringkeperluan masa kini. |
---|