Emosi Melayu: Melayu dan perhambaan di Cape, 1652-1838
Walaupun wujudnya beberapa persoalan, namun Alam Melayu mempunyai peranan dan tempatnya yang tersendiri dalam proses perkembangan ketamadunan awal di Afrika terutamanya di kawasan Afrika Timur. Pengenalan beberapa jenis tumbuhan seperti pisang dan kelapa serta penggunaan teknologi yang berasal dari...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
University of Malaya
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.um.edu.my/11208/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Walaupun wujudnya beberapa persoalan, namun Alam Melayu mempunyai peranan dan tempatnya yang tersendiri dalam proses perkembangan ketamadunan awal di Afrika terutamanya di kawasan Afrika Timur. Pengenalan beberapa jenis tumbuhan seperti pisang dan kelapa serta penggunaan teknologi yang berasal dari kawasan Alam Melayu seperti Gallawa adalah salah satu bukti tentang pengaruh Alam Melayu terhadap Afrika Timur. Madagaskar, contohnya, menerima kesan dari segi perkembangan penduduk dan kebudayaan dari Alam Melayu melalui dua gelombang migrasi yang berlaku di antara 200SM sehingga Abad ke-2M dan di antara Abad ke-6M sehingga Abad ke- 12M. Sesetengah masyarakat Malagasy mengakui bahawa keturunan terdahulu berasal dari Alam Melayu. Malahan bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat Merina di kawasan tengah Madagaskar dikategorikan dalam kumpulan bahasa Malayo-Polynesia kerana mempunyai persamaan yang ketara dengan bahasa masyarakat Manyan yang mendiami kawasan sebelah barat Kalimantan. Selain itu, pengaruh Alam Melayu terhadap masyarakat Malagasy juga boleh dilihat melalui bentuk seni reka rumah, pengetahuan, dan kemahiran dalam penanaman padi di kawasan lereng bukit |
---|