Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah: Istiadat Konvokesyen UiTM ke 100
Segala pujian bagi Allah SWT, kerana dengan keizinan-Nya terhasilnya sebuah Buku Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, bersempena...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
UiTM Press
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99989/1/99989.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99989/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Segala pujian bagi Allah SWT, kerana dengan keizinan-Nya terhasilnya sebuah Buku Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA yang ke-100. Edisi terbitan kali ini membawa kita menyoroti detik bersejarah dan lembaran hidup Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang sangat berjiwa besar dan berwibawa dalam mempertahan serta mengangkat warisan seni budaya Melayu di persada dunia. Inspirasi dan aspirasi baginda telah banyak memberi manfaat serta kemakmuran kepada masyarakat melalui visi dan kepimpinan yang mendasari konsep ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’. UiTM mengiktiraf jasa dan sumbangan besar seorang insan yang telah memberi warna kepada bidang seni reka. Kepakaran dan ketokohan yang dimiliki sering diteladani oleh masyarakat seluruhnya. Penganugerahan ini juga merupakan suatu sanjungan terhadap cerminan pencapaian yang luar biasa, khususnya dari segi dedikasi, inovasi, dan komitmen terhadap kecemerlangan seni budaya bangsa. Ketelusan dan kesungguhan hasil kerja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut merangkumi nilai hidup seorang ilmuan yang bersendikan integriti, wibawa dan penuh kearifan. |
---|