Transkrip wawancara bersama encik Mohd Khairunzaman bin Abd Rahim tokoh warisan batik dan pengusaha batik / Nur Aishah Mohd Alias
Temubual ini adalah antara tokoh dan pelajar berkenaan sejarah lisan berkaitan tajuk warisan. Kesenian batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak dan lukisan yang terang dan menarik yang dilukis dan dicanting menggunakan lilin. Batik juga terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kelantan
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97972/2/97972.mov https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97972/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Temubual ini adalah antara tokoh dan pelajar berkenaan sejarah lisan berkaitan tajuk warisan. Kesenian batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak dan lukisan yang terang dan menarik yang dilukis dan dicanting menggunakan lilin. Batik juga terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik terap dan pelbagai jenis lagi. Batik adalah sejenis kraftangan yang semakin popular di Malaysia dan negara-negara lain kerana mempunyai sejarah tersendiri yang sudah disebut di Sejarah Melayu pada abad ke I7 Batik juga boleh dipakai di majlis-majlis makan malam bagi lelaki, dan bagi golongan wanita pula mereka akan memakai batik sebagai pakaian formal dan menggabungkan batik dengan fesyen moden untuk digayakan. Kajian ini menceritakan tentang latar belakang dan sejarah hidup seorang tokoh pencinta warisan batik yang bernama Mohd Khairunzaman bin Abd Rahim dan berumur 4l tahun yang merupakan seorang pengusaha, pencanting, pencinta seni warisan batik dan penggiat seni kraftangan khususnya dalam pembuatan batik. Beliau juga merupakan pengasas dan pengusaha Vona Batik Sdn Bhd yang mempunyai beberapa cawangan di sekilar Kelantan iaitu di Kompleks Bazaar Buluh Kubu serta di Kompleks Bangunan MARA di Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga mempunyai gudang dan kilang pembuatan dan penghasilan produk kraftangan ini di beberapa tempat. Pengenalan mengenai bidang yang diceburi oleh tokoh dibincangkan dalam temubual yang dijalankan. Kajian lisan ini dijalankan bertujuan untuk mendokumentasikan kisah hidup dan pengalaman seorang tokoh yang terlibat dalam seni krafitangan batik, pencapaian, dan pendapat beliau tentang bidang kraftangan ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan pelbagai jenis soalan berkaitan tajuk disoal kepada tokoh. Secara аmпyа, bidang ini semakin kurang menonjol dalam kalangan generasi muda masa kini kerana kurangnya kesedaran dan pendedahan tentang bidang ini kepada mereka. Oleh itu, temubual ini diharapkan dapat mempromosikan seni warisan ini kepada masyarakat dan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada generasi muda untuk terus tertarik dan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang ini. |
---|