Kajian keberkesanan perlaksanaan sistem 5s di Perbadanan Pembekalan Lektrik Sarawak (SESCO) dan Taiyo Yuden / Zaidi Anwari ... [et al.]

Kami merupakan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (U1TMKS) untuk Fakulti Pentadbiran Dan Undang-Undang telah membuat satu kajian mengenai tijauan keberkesanan perlaksanaan 5S di SESCO atau nama penuhnya agensi Perbadanan Perbekalan Lektrik Sarawak dan Taiyo Yuden iaitu merupakan sebuah sy...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anwari, Zaidi, Jamil, Normi, Mohd Tahir, Nurul Ainie
Format: Student Project
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96816/1/96816.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96816/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kami merupakan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (U1TMKS) untuk Fakulti Pentadbiran Dan Undang-Undang telah membuat satu kajian mengenai tijauan keberkesanan perlaksanaan 5S di SESCO atau nama penuhnya agensi Perbadanan Perbekalan Lektrik Sarawak dan Taiyo Yuden iaitu merupakan sebuah syarikat pengeluaran barangan elektronik dari negara J epun. Memandangkan perlaksanaan 5S adalah masih baru dijalankan di SESCO maka kami ingin melihat setakat manakah keberkesanannya pada sistem tersebut. Samaada perlaksanaan tersebut telah berjaya atau mencapai matlamat asal sistem tersebut pada SESCO. Berlainan pula dengan Taiyo Yuden, sistem 5S tersebut telah lama bertapak pada organisasi ini sejak bermula penubuhannya di negara ini. Walaupun sistem 5S telah lama di amalkan di Taiyo Yuden, akan tetapi kami ingin mengkaji sejauhmanakah keberkesan perlaksanaannya. Kami mengkaji perlasanaannya bagi mengetahui sejauhmakah keberkesan sistem 5S berjaya terlaksana di Taiyo Yuden berdasarkan kerjasama yang erat di kalangan para pekerja bagi mencapai objektif asal sistem tersebut. Di samping itu juga, ia bertujuan mencari jalan mewujudkan sebuah organisasi yang mampu menghadapi pelbagai cabaran yang ditempuhi di masa hadapan dalam berbagai bidang. Hal ini termasuklah dari segi pengurusan, pentadbiran, kecekapan, kepantasan dalam bekerja, dan yang paling penting sekali mutu dan kualiti keija sekali gus meningkatkan tahap disiplin diri dalam melaksanakan tugas harian mereka dengan penuh etika dan berdedikasi. Bagi mendapatkan maklumat yang terperinci dan tepat kami telah menjalankan soal selidik terhadap pihak SESCO dan Taiyo Yuden yang kami temui sepanjang kajian yang dijalankan ini. Apa yang mampu kami katakan di sini ialah kajian ini akan menjadi rujukan kepada mana-mana generasi pada masa hadapan untuk mewujudkan kajian yang dapat membentuk tahap pengurusan yang cekap, berkualiti dan berkesan.