Faktor kekuatan sistem pertahanan negara melalui sorotan sejarah awal Islam / Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam and M. Zaidi A. Rahman
Zaman sejarah awal Islam merupakan zaman keemasan yang telah menyaksikan kekuatan empayar Islam dibina secara berperingkat-peringkat. Antara faktor kekuatan tersebut ialah konsep pertahanan yang dilaksanakan untuk memelihara kedaulatan negara. Sungguhpun berada di awal tapak pembinaan sebuah negara...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91929/1/91929.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91929/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Zaman sejarah awal Islam merupakan zaman keemasan yang telah menyaksikan kekuatan empayar Islam dibina secara berperingkat-peringkat. Antara faktor kekuatan tersebut ialah konsep pertahanan yang dilaksanakan untuk memelihara kedaulatan negara. Sungguhpun berada di awal tapak pembinaan sebuah negara berdaulat yang menyaksikan pelbagai kesukaran dan kepayahan ditempuhi, namun kejayaan Islam pada beberapa peristiwa peperangan telah membuktikan keupayaan pertahanan negara dalam mendepani ancaman musuh ketika itu. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep pertahanan dalam Islam dan perlaksanaannya pada zaman sejarah awal Islam. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi analisis kandungan tekstual dan kajian sejarah. Data yang diperoleh dianalisis secara deduktif dan induktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep pertahanan pada zaman sejarah awal Islam merupakan satu sistem yang dinamik dan teratur dalam mengurus tadbir ketenteraan dan keselamatan dalam negara dan sentiasa siaga dalam menghadapi ancaman luar daripada pihak musuh. Lebih menarik lagi, di antara faktor yang mempengaruhi keutuhan konsep pertahanan tersebut adalah kekuatan kelengkapan ketenteraan yang disifatkan sebagai terkehadapan pada waktu itu serta kesiap siagaan masyarakat yang tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hal yang demikian juga membolehkan konsep pertahanan dalam sejarah awal Islam dapat dijadikan sebagai model cemerlang kepada sistem pertahanan negara moden pada masa kini. |
---|