Mendukung ekonomi kitaran: belia dan pembudayaaan kitar semula plastik / Mohamad Izzuwan Fahmie Kamaluddin, Farah Nur Izzati Mohd Sazali and Nurul Hidayana Mohd Noor

Peralihan ke arah ekonomi kitaran yang lebih hijau memerlukan peraturan, dasar, pelaburan, inovasi, teknologi, dan juga perubahan tingkah laku di semua peringkat masyarakat. Kajian ini bertujuan menyiasat kesan teori tingkah laku terancang terhadap niat kitar semula golongan belia di Malaysia, serta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaluddin, Mohamad Izzuwan Fahmie, Mohd Sazali, Farah Nur Izzati, Mohd Noor, Nurul Hidayana
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Sabah, Kota Kinabalu 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89624/1/89624.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89624/
https://borneoakademika.sabah.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peralihan ke arah ekonomi kitaran yang lebih hijau memerlukan peraturan, dasar, pelaburan, inovasi, teknologi, dan juga perubahan tingkah laku di semua peringkat masyarakat. Kajian ini bertujuan menyiasat kesan teori tingkah laku terancang terhadap niat kitar semula golongan belia di Malaysia, serta perhubungan di antara peraturan dan dasar kitar semula sisa plastik, infrastruktur dan teknologi kitar semula sisa plastik, pengetahuan tentang kitar semula sisa plastik, dan niat kitar semula sisa plastik. Tinjauan dalam talian telah dijalankan ke atas 300 peserta. Teknik persampelan dalam penyelidikan ini menggunakan gabungan teknik persampelan kluster dan bertujuan. Analisa korelasi Pearson dan regresi berstruktur telah digunakan untuk menganalisis data, merangkumi kebolehpercayaan konstruk, kesahan, dan ujian hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peraturan dan dasar kitar semula sisa plastik, infrastruktur dan teknologi kitar semula sisa plastik, dan pengetahuan tentang kitar semula sisa plastik mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan niat kitar semula. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa pengetahuan tentang kitar semula sisa plastik mempunyai pengaruh yang paling signifikan dengan niat kitar semula. Hasil kajian boleh menjadi panduan untuk kerajaan dalam merangka kempen kitar semula yang berkesan bagi mempromosikan kelestarian negara dan juga membina strategi yang efektif dalam menyokong objektif ekonomi kitaran.