Beeswax: inovasi alternatif plastik pakai buang untuk golongan suri rumah / Mohamed Syazwan Osman

Satu program BEESWAX WRAP anjuran pelajar-pelajar persatuan mahasiswa kejuruteraan kimia (CheSS) UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama komuniti setempat di Kubang Menerong telah diadakan pada pada 2 Julai 2022,jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan serbaguna MPKK Kubang Menerong, Seberang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Mohamed Syazwan
Format: Monograph
Language:English
Published: Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88033/1/88033.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88033/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu program BEESWAX WRAP anjuran pelajar-pelajar persatuan mahasiswa kejuruteraan kimia (CheSS) UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama komuniti setempat di Kubang Menerong telah diadakan pada pada 2 Julai 2022,jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan serbaguna MPKK Kubang Menerong, Seberang Perai Utara(SPT), Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu keperluan silibus dalam subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers ). Program ini bertemakan konsep SULAM (Service Learning Malaysia), Keluarga Malaysia dan turut menyokong agenda UN 2030 Sustainable Development goals (SDG2020) khususnya SDG8 ( Good Jobs &Economic Growth ). Program ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai saudara Aiman A. Aladin manakala penasihat program ialah Ir. Ts. Mohamed Syazwan Osman. Program ini telah disertai oleh tujuh (7) orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dan dua puluh (20) orang wanita yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah memberi kelulusan program. Program ini turut bekerjasama dengan MPKK Kubang Menerong yang diketuai En Abdullah dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara(PDTSPU) dan Pusat Khidmat Adun Pinang Tunggal yang membantu mengenalpasti suri rumah dan wanita yang terdiri dari golongan asnaf.