Kad Easy Insurans (KEI): pemudahcara dalam PdPc matematik / Zulkifli Salehudin

Matematik pengguna merupakan salah satu elemen baharu dalam sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek matematik. Insurans merupakan salah satu bab baharu yang diperkenalkan dalam silibus Matematik Tingkatan 5. Pengenalan bab ini memberikan pengetahuan asas kepada para...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salehudin, Zulkifli
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84985/1/84985.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84985/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Matematik pengguna merupakan salah satu elemen baharu dalam sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek matematik. Insurans merupakan salah satu bab baharu yang diperkenalkan dalam silibus Matematik Tingkatan 5. Pengenalan bab ini memberikan pengetahuan asas kepada para murid berkaitan insurans. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid semasa melaksanakan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi bab ini. Antaranya, kekurangan bahan bantu mengajar bagi bab ini jelas dilihat kerana bab ini merupakan sukatan pelajaran yang baru sahaja diperkenalkan mulai tahun 2021. Selain itu, ketiadaan nota padat khususnya formula berkaitan pengiraan yang melibatkan insurans menyebabkan pelajar sukar untuk memahami bab ini. Oleh itu, pengenalan Kad Easy Insurans (KEI) ini berobjektifkan untuk menyediakan satu bahan bantu mengajar yang dapat memudahkan murid untuk menguasai bab insurans. Keistimewaan Kad Easy Insurans ini ialah kandungan dalam bahan ini mudah difahami dan sangat lengkap. Formula dan langkah pengiraan melibatkan insurans diterangkan secara jelas dalam bahan ini. Kad Easy Insurans ini turut mempunyai dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi murid Dual Language Programme (DLP). Reka bentuk dan susun atur dalam kad ini sangat menarik, teratur dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Kad Easy Insurans juga menyediakan soalan asas dan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berkaitan insurans beserta jawapan kepada murid melalui Kod QR yang tersedia pada bahan ini. Kad Easy Insurans ini memberi manfaat kepada murid dan guru. Manfaat Kad Easy Insurans ini kepada murid ialah bahan ini dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman serta penguasaan mereka bagi bab insurans. Guru boleh menggunakan bahan ini sebagai alat pemudahcara semasa proses PdPc. Kad Easy Insurans ini mempunyai potensi komersial yang tinggi dan meluas. Kad ini boleh dikomersialkan kepada guru-guru mata pelajaran matematik dan juga kepada semua murid tingkatan 5 di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan kadar yang mampu milik oleh semua guru dan murid.