Transkrip temubual bersama Haji Ariff Bin Haji Abu Hassan: pengkisah sejarah tempatan mengenai peristiwa pembukaan Kampung Kubu Dedap / Nurin Mussalmi binti Muhammad Sofian and Nurul ‘Atha Addina binti Rajah

Transkrip temubual ini adalah berkaitan peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi di Segamat terutamanya di Kampung Kubu Dedap. Dokumentasi ini dibuat bagi merekod segala peristiwa yang sudah berlaku bersama Tuan Haji Ariff di kampung tersebut. Tokoh yang dipilih ini adalah disebabkan beliau mengetahu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Sofian, Nurin Mussalmi, Nurul ‘atha Addina, Rajah
Format: Monograph
Language:English
Published: Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82632/1/82632.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82632/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transkrip temubual ini adalah berkaitan peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi di Segamat terutamanya di Kampung Kubu Dedap. Dokumentasi ini dibuat bagi merekod segala peristiwa yang sudah berlaku bersama Tuan Haji Ariff di kampung tersebut. Tokoh yang dipilih ini adalah disebabkan beliau mengetahui banyak perkara berkaitan sejarah disitu dan memberikan satu penceritaan yang sangat menarik. Beliau juga menceritakan berkaitan hal yang pernah dialami oleh datuk dan juga beliau sendiri ketika era pembangunan masih berlaku. Kampung Kubu Dedap juga pernah menjadi kubu pertahanan oleh panglima dan anak-anak buah ketika perang bersaudara itu berlangsung. Mereka juga membuat kubu-kubu ini berdindingkan tanah dan batang pokok dedap. Menurut kajian yang dibuat, batang pokok dedap mempunyai kebaikan. Peperangan yang diceritakan ini berlandaskan pengetahuan beliau sendiri dan beliau bercerita mengenai panglima-panglima yang mencetuskan peperangan ini dek kerana sikap tamak dan iri hati. Selain daripada itu, pendokumentasian ini juga memberitahu berkenaan tinjauan literatur yang dibuat mengenai sejarah lisan dan kepentingannya dalam memelihara sejarah di dalam sebuah negeri itu. Hal ini kerana kemajuan sesebuah tempat itu bergantung kepada sejarah yang pernah dialami dan dijadikan pengajaran bagi membaik pulih seterusnya menaikkan lagi semangat masyarakat masa ini untuk mengetahui sejarah di setiap tempat yang mereka lalui. Peperangan di Kampung Kubu Dedap ini perlu diambil iktibar bak kata pepatah ambil yang jernih, buang yang keruh agar sejarah itu akan terus kekal sejarah dan tidak dialami lagi oleh generasi akan datang.