Keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan / Ahmad Tajuddin Zulkifli
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala kaedah dan proses yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Penghasilan laporan ini berpandukan kepada pengalaman penulis berada di tapak projek selama tempoh enam bulan. lanya terbahagi kepada beberapa bahagian penting dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perak
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80500/1/80500.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80500/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala kaedah dan proses yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Penghasilan laporan ini berpandukan kepada pengalaman penulis berada di tapak projek selama tempoh enam bulan. lanya terbahagi kepada beberapa bahagian penting dan dimulai dengan penerangan pemilihan tajuk kajian, objektif dan skop kajian, dan seterusnya kaedah kajian yang digunakan untuk membuat laporan ini. Latar belakang syarikat juga diterangkan secara ringkas didalam bahagian kedua laporan. Kerja-kerja keselamatan dan kesihatan di tapak bina meliputi skop yang luas dan melibatkan pihak-pihak tertentu. Di dalam laporan ini, kajian teoritikal meliputi tujuan, jenis-jenis dan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Kemudian pada bahagian seterusnya, diterangkan pula tujuan, jenis-jenis, kesan-kesan dan kaedah-kaedah menangani kemalangan di tapak bina quartes kediaman kementerian kesihatan yang meliputi 5 blok kediaman, 1 masjid, 1 tadika dan 1 dewan dengan lebih mendalam. Semasa proses pembinaan bangunan dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dikenalpasti dan disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah yang betul dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tapak bina dengan berkesan secara praktikal. |
---|