Pemerkasaan wakaf di Malaysia melalui crowdfunding / Mohd. Ikhsan Md. Raus and Suzaini Harmiruslin Supian

Kesedaran untuk berwakaf dan kesanggupan untuk berwakaf adalah sangat penting dalam mengekalkan keutuhan dan kelestarian institusi wakaf dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi sesebuah negara. Bahkan, institusi wakaf telah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan budaya wakaf dalam meningkatka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Raus, Mohd. Ikhsan, Supian, Suzaini Harmiruslin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78910/1/78910.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78910/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesedaran untuk berwakaf dan kesanggupan untuk berwakaf adalah sangat penting dalam mengekalkan keutuhan dan kelestarian institusi wakaf dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi sesebuah negara. Bahkan, institusi wakaf telah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan budaya wakaf dalam meningkatkan kesedaran dan penyertaan orang ramai untuk berwakaf. Namun, tahap kesedaran dan kesanggupan seseorang untuk berwakaf masih lagi rendah di Malaysia jika dibandingkan dengan negara negara seperti Timur Tengah dan Barat. Sejajar dengan kemajuan teknologi lCT yang dikecapi sekarang ini, istilah crowdfunding (pendanaan orang ramai) telah lama dipraktikkan di negara-negara Eropah dan mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan daripada orang ramai, pemilik perniagaan, pelabur pelabur dan lain-lain dalam merealisasikan suatu projek menjadi kenyataan. Crowdfunding merupakan satu praktis pembiayaan dan perkongsian wang di dalam merealisasikan projek-projek tertentu seperti pembangunan sekolah, masjid, universiti, tempat berehat dan sebagainya, yang disumbangkan oleh individu-individu atau syarikat-syarikat di mana konsep crowdfunding ini adalah sama seperti berwakaf. Kajian ini akan membincangkan konsep berkaitan wakaf, perkaitan di antara wakaf dan crowdfunding, kelebihan-kelebihan berwakaf menurut perspektif Islam dan bagaimana ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.