MyHandbook / Nasyrah Ahmad … [et al.]
Produk ini merupakan hasil inovasi pertama seumpanya yang diketengahkan bagi memenuhi keperluan pelajar yang memilih mod pengajian secara jarakjauh atau e-PJJ di UiTM bagi program AM228 di kampus UiTM Melaka. Produk ini memberi panduan kepada pelajar dari segi maklumat berkaitan akademik seperti pel...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78813/1/78813.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78813/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Produk ini merupakan hasil inovasi pertama seumpanya yang diketengahkan bagi memenuhi keperluan pelajar yang memilih mod pengajian secara jarakjauh atau e-PJJ di UiTM bagi program AM228 di kampus UiTM Melaka. Produk ini memberi panduan kepada pelajar dari segi maklumat berkaitan akademik seperti pelan pengajian, pengecualian kredit, peraturan akademik dan juga memberi fokus kepada prospek karier selaras dengan misi iNED untuk memberi pendidikan jarak jauh yang berkualiti kepada para pelajar. la juga merupakan rujukan penting bagi pelajar dan memberi penyelesaian kepada masalah kekangan masa dimana ia merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar e-PJJ. Maklumat yang padat dan komprehensif dibekalkan di dalam MyHandbook ini bertepatan dengan konsep pembelajaran dalam talian dimana interaksi pelajar bersama pensyarah/staff adalah pada tahap minima, la juga membolehkan pelajar mengakses maklumat yang dikehendaki dimana jua mereka berada. Perancangan pelajar juga akan lebih tersusun di mana MyHandbook ini merupakan rujukan utama pelajar dalam proses perlaksanaan pembelajaran. Selain daripada itu, penghasilan MyHandbook ini juga dapat memberi nilai tambah kepada UiTM di mana ianya akan diserap sebagai sebahagian daripada yuran pengajian pelajar sekaligus dapat membantu dari segi penjanaan sumber pendapatan UiTM Melaka khasnya sebagai sebuah kampus autonomi. |
---|