Menara jam Mekah simbolik kejuruteraan moden: satu tinjauan / Rohaya Alias …[et al.]
Mekah merupakan tempat suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun jutaan orang mengunjungi kota Mekah terutamanya untuk menunaikan ibadah haji. Justeru itu, kota Mekah kini sedang mengalami pembangunan rancak yang mana terdapat banyak bangunan terutamanya hotel-hotel yang sedang dalam pembi...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78425/1/78425.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78425/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mekah merupakan tempat suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun jutaan orang mengunjungi kota Mekah terutamanya untuk menunaikan ibadah haji. Justeru itu, kota Mekah kini sedang mengalami pembangunan rancak yang mana terdapat banyak bangunan terutamanya hotel-hotel yang sedang dalam pembinaan untuk menampung bilangan jemaah haji yang semakin bertambah. Antara kompleks bangunan yang telah siap dibina untuk menampung jemaah haji yang semakin ramai adalah kompleks bangunan Menara Abraj AI-Bait. Kompleks bangunan ini menyediakan kemudahan seperti kediaman, hotel, pusat membeli-belah dan lain-lain yang terdiri daripada tujuh buah menara yang besar dan tinggi. Menara utamanya amat menarik perhatian orang ramai kerana menempatkan jam gergasi di puncaknya. Menara jam ini berada tepat di hadapan Masjidil Haram atau lebih dikenali sebagai Menara Jam Mekah. Menarajam ini terkenal dan menjadi kemegahan kerana merupakan menara yang tertinggi di Arab Saudi. Pembinaan menara jam ini telah melibatkan kepakaran jurutera struktur yang berasal daripada Malaysia. Di antara kebaikan-kebaikan yang diperolehi daripada pembinaan menara jam ini adalah seperti projek ini bertujuan untuk menjadikan masa Mekah sebagai salah satu masa yang utama di dunia, membantu menyediakan sebahagian tempat tinggal bagi jemaah haji, dan dapat memberi gambaran tentang kehebatan negara Islam yang telah maju dan mampu membina bangunan pencakar langit. Manakala kesan-kesan buruk pula adalah seperti hilangnya tempat warisan sejarah Islam, kos menunaikan haji dan umrah menjadi mahal, dan keanggunan bangunan Masjidil Haram tergugat. Secara kesimpulannya, Menara Jam Mekah ini merupakan simbolik kejuruteraan moden yang menggunakan bahan berteknologi tinggi serta serba moden pada masa kini. |
---|