Masalah kemasukan buruh Indonesia ke Malaysia: kajian kes di Melaka Tengah / Abd. Rahman Abdullah … [et al.]

Dari masa ke semasa, kemasukan orang-orang Indonesia ke Malaysia sama ada mengikut prosedur yang betul atau tidak semakin meningkat bilangannya. Ini dapat dilihat melalui tinjauan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak-pihak media massa dan pihak berkuasa. Secara umumnya, tinjauan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Abd. Rahman, Khisham, Haslindatul Ikmar, Talib, Nor Zaharah, Othman, Shakirah
Format: Student Project
Language:English
Published: 1991
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75667/1/75667.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75667/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dari masa ke semasa, kemasukan orang-orang Indonesia ke Malaysia sama ada mengikut prosedur yang betul atau tidak semakin meningkat bilangannya. Ini dapat dilihat melalui tinjauan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak-pihak media massa dan pihak berkuasa. Secara umumnya, tinjauan yang telah dibuat oleh pihak-pihak ini mendapati bahawa kemasukan buruh Indonesia ke Malaysia adalah disebabkan oleh faktor luaran (di Malaysia) dan faktor dalaman (di negara asal mereka). Sebagai contoh faktor luaran di Malaysia adalah seperti peluang-peluang pekerjaan yang banyak terdapat di negara ini. Manakala factor dalaman pula boleh dilihat dari sudut pertambahan penduduk ' yang pesat di Indonesia yang menyebabkan orang Indonesia semakin berminat untuk datang ke negara ini. Pertambahan bilangan pendatang Indonesia menyebabkan timbulnya rungutan penduduk tempatan kerana mereka terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah yang dibawa oleh buruh-buruh ini. Sebagai contoh, kurangnya peluang pekerjaan di kalangan penduduk tempatan yang menyebabkan timbulnya masalah pengangguran dan masalah-masalah sosial seperti jenayah, persetingganan dan lain-lain.