Kaedah pembinaan loji rawatan kumbahan/ Siti Nurfarrahafiqah Mohammad Rosli

Pada zaman sekarang pelbagai jenis sistem pembentungan digunakan bagi memastikan proses rawatan air kumbahan dijalankan supaya alam sekitar tidak tercemar. Loji rawatan kumbahan berfungsi memproses air kumbahan dari satu peringkat ke satu peringkat. Efluen yang dihasilkan dari loji rawatan kumbahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Rosli, Siti Nurfarrahafiqah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74616/1/74616.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74616/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada zaman sekarang pelbagai jenis sistem pembentungan digunakan bagi memastikan proses rawatan air kumbahan dijalankan supaya alam sekitar tidak tercemar. Loji rawatan kumbahan berfungsi memproses air kumbahan dari satu peringkat ke satu peringkat. Efluen yang dihasilkan dari loji rawatan kumbahan merupakan salah satu punca kepada pencemaran air sungai. lni kerana kebanyakkan efluen yang dilepaskan tidak dirawat dengan sempurna. Oleh itu, pembinaan loji rawatan kumbahan perlulah mengikut spesifikasi yang betul bagi melancarkan proses air kumbahan. Selama lima bulan latihan praktikal ini berjalan, Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Bagi Cadangan Pembangunan Zon 12c, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Mukim Plentong Daerah Pasir Gudang, Johor Darul Takzim dipilih sebagai kawasan kajian. Maklumat yang berkaitan dengan skop pembinaan dikumpul dan dianalisis terlebih dahulu. la bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembinaan loji rawatan kumbahan, sama ada kukuh ataupun tidak pembinaannya. Loji rawatan kumbahan ini memproses semua air kumbahan dari kilang-kilang yang terdapat di kawasan itu. Penggunaan bahan yang tidak sesuai akan menyebabkan pembinaan tergendala. Pelbagai ujian akan dikenakan untuk mengukuhkan lagi dan mengenalpasti kekuatan sesuatu bahan. Pembinaan yang dilakukan mengikut spesifikasi bagi pembinaan loji rawatan kumbahan. Pemilihan bahan juga akan mempengaruhi pembinaan jika tersalah pilih. Faktor-faktor yang perlu diambil kira perlu dititikberatkan seperti kawasan sekeliling pembinaan, cuaca bagi menyempurnakan pembinaan.