Transliterasi naskhah manuskrip mss 2397 (al-taghrib wa al-tarhib oleh Abdul Qadir Abdul Rahim) / Zakaria Mustaffa, Mohammad Shukran Abdul Razak and Mujaini Tarimin
Kitab al Taghrib wa al Tarhib terletak dalam koleksi Pusat Manuskrip, Perpustakaan Negara Malaysia. Kitab ini mengandungi banyak ayat-ayat al Quran dan Hadis yang memberi peringatan kepada setiap pembacanya untuk mengingati mati dan juga alam akhirat. Didalamnya terdapat juga Hadis-Hadis Qudsi. Wala...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74606/1/74606.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74606/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kitab al Taghrib wa al Tarhib terletak dalam koleksi Pusat Manuskrip, Perpustakaan Negara Malaysia. Kitab ini mengandungi banyak ayat-ayat al Quran dan Hadis yang memberi peringatan kepada setiap pembacanya untuk mengingati mati dan juga alam akhirat. Didalamnya terdapat juga Hadis-Hadis Qudsi. Walaupun ayat al-Quran tidak disebut surah dan ayatnya namun terjemahan tidak diabaikan Cuma dalam bahasa sezaman. Ayat al Quran, Hadis, Hadis Qudsi terkumpul dalam 163 halaman dan 2380 baris. Sebenarnya kalau dibuat kajian, kitab yang membincangkan jual beli dan riba ini tidaklah begitu popular untuk penulisan waktu itu bahkan yang paling banyak di tulis tak lain dan tak bukan bab solat. Bahkan pada hari ini pun halaqah-halaqah, pondok pengajian, majlis-majlis ilmu tidak banyak memberi penumpuan kepada kandungan sedemikian. Mungkin juga kecenderungan timbul dari Sheikh Abdul Kadir untuk menulis mengenainya lantaran golongan peniaga yang turut memainkan peranan besar dalam sektor ekonomi semasa. Demi menjaga dan menyedarkan golongan pedagang maka kitab yang mempunyai huraian mendalam ini siap ditulis. Sifat-sifat pedagang yang baik, amanah dan bertanggungjawab amat diharapkan oleh penulisnya kerana kejayaan dakwah Islamiyyah pada peringkat awal khususnya di Melaka pada abad ke 15M amat bergantung kepada pedagang sebagai contoh utama (role model) kepada masyarakat Melaka. Bahan pengajaran mengenai jual beli dan riba dilihat penting oleh penulis memandangkan pondoknya terletak berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu Rujukan yang dinyatakan oleh penulis terhadap kitab Ihya' cUlum al-ddln dan Iain-lain tokoh menunjukkan kepada kita bahawa beliau begitu terpengaruh kepada tokoh tersebut. Rujukan kepada tokoh ini menjadi satu perkara lumrah kepada masyarakat penulis di Asia Tenggara pada masa dahulu termasuk Sheikh Daud al Fatani. Pendekatan tarikat atau ajaran kesufian turut sama memainkan peranan dalam kitab ini sepertimana Muniyyat al-Musalli oleh Syeikh Daud al-Fatani. Jadi bagi peniaga-peniaga yang ingin kepada proses tazkiyah nafsiyah amat sesuai sekali kitab ini menjadi rujukan. Sesuatu yang sukar dalam menggunakan kitab karangan Sheikh Abdul Kadir ini ialah laras bahasa klasiknya yang dicampur pula dengan istilah Arab dan bahasa-bahasa tempatan. Bahasa tempatan begitu susah untuk difahami dan dihasilkan maksudnya kiranya pembaca bukan orang tempatan seperti leng, serakit sirih, ubi stela dan sebagainya. Sesuatu yang pasti dan lumrah bagi kitab lama ialah ketiadaan perenggan dan tanda bacaan. Namun begitu ayat al-Quran, Hadis, Hadis Qudsi serta doa disertakan dengan baris untuk memudahkan bacaan. |
---|