Pengurusan hutan secara berkekalan dan penglibatan komuniti tempatan / Lim Hin Fui, Salahudin Yaacob and Fuad Shariff

Isu pengurusan hutan secara berkekalan menjadi semakin penting dalam sejarah pembangunan hutan di seluruh dunia. Pada masa yang Iepas, pengurusan sumber-sumber hutan menumpukan perhatian kepada hasil kayu-kayan. Masyarakat umum kini kian sedar peri pentingnya mengurus hutan secara berkekalan serta m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lim, Hin Fui, Yaacob, Salahudin, Shariff, Fuad
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73383/1/73383.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73383/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu pengurusan hutan secara berkekalan menjadi semakin penting dalam sejarah pembangunan hutan di seluruh dunia. Pada masa yang Iepas, pengurusan sumber-sumber hutan menumpukan perhatian kepada hasil kayu-kayan. Masyarakat umum kini kian sedar peri pentingnya mengurus hutan secara berkekalan serta memberi pertimbangan wajar terhadap hasil hukan kayu dan komuniti manusia yang bergantung kepada hutan. Pelbagai usaha antarabangsa telah dijalankan untuk mencapai matlamat pengurusan hutan secara berkekalan. Memandangkan komuniti tempatan (khasnya penghuni hutan) banyak menggunakan hasil hutan bukan kayu (seperti rotan, buluh, air dan buah-buahan), maka adalah penting bagi pihak Jabatan Perhutanan melibatkan mereka dalam pengurusan hutan secara berkekalan. Walaupun terdapat mekanisma formal untuk menyampaikan maklumat pengurusan hutan kepada komuniti tempatan, sering kali ianya dianggap kurang berkesan. Seringkali komuniti tempatan kurang jelas tentang aktiviti pembalakan yang akan dijalankan. Keadaan ini telah menimbulkan salah faham yang boleh membawa kepada konflik sosial. Pemerhatian di kampong Danglang, Rancangan Pengumpulan Semula Kemar dan Jernang di negeri Perak menunjukkan bahawa penduduk tempatan kurang sedar tentang pembalakan yang dirancang. Ini menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk tempatan kerana mereka bergantung kepada sumber air yang berpunca dari hutan simpan yang berkenaan. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi pihak Jabatan Perhutanan melibatkan komuniti tempatan secara lebih aktif dalam pengurusan hutan secara berkekalan. Penglibatan ini termasuklah di peringkat perancangan sebelum pembalakan, semasa pembalakan dan selepas pembalakan. Penglibatan komuniti tempatan akan membantu dalam pemeliharaan hutan jangka panjang. Langkah ini juga akan membantu negara kita dalam memenuhi syarat pensijilan hutan yang dikehendaki oleh masyarakat antarabangsa.