Webinar stress: anda tertekan tanpa anda sedar / Azlina Mohd Mydin

Jabatan Sains Komputer dan Matematik, (JSKM) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu seminar antarabangsa atas talian (webinar) bagi membincangkan isu-isu kesihatan melibatkan keresahan dan ketegangan perasaan yang sangat relevan dengan situasi pandemik/endemik yang sedang dilalui seantara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Mydin, Azlina
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73202/1/73202.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73202/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jabatan Sains Komputer dan Matematik, (JSKM) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu seminar antarabangsa atas talian (webinar) bagi membincangkan isu-isu kesihatan melibatkan keresahan dan ketegangan perasaan yang sangat relevan dengan situasi pandemik/endemik yang sedang dilalui seantara dunia. Webinar ini bertajuk ‘Stress! Anda Tertekan Tanpa Anda Sedar’ dilaksanakan pada 25 Mac 2022 (Jumaat) selama dua jam, termasuk sesi soal jawab. Penceramah utama webinar ini merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dengan pengalaman melebihi dua puluh tahun (20) di United Kingdom. Beliau ialah Dr. Badrul Hisham Esa, yang merupakan seorang ‘Principal General Practitioner’ di bawah National Health Service (NHS-UK). Beliau juga merupakan seorang ahli Royal College of General Practitioner (MRCGP) dan British Medical Association (BMA). Webinar ini dimulakan tepat pada masa jam 3 petang pada 25 Mac 2022. Seramai 200 ke 230 orang telah bersama-sama mendengar webinar ini menerusi Live Event di Facebook Jabatan Sains Komputer dan Matematik. Penceramah kedua merangkap moderator adalah En. Zulhairi Ibrahaim, Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Beliau bersama penceramah jemputan Dr. Badrul Hisham Esa membincangkan dan mengulas topik webinar ini dengan jelas dan menarik agar para pendengar mendapat penjelasan yang baik. Pelbagai contoh situasi dan cara pengendalian situasi tersebut juga dibincangkan. Penceramah juga memberi panduan bagi mengawal stess dalam apa jua situasi. Webinar ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik.