Dimensi baru dalam pembelajaran dan pengajaran era COVID-19: cabaran pembelajaran dan pengajaran dalam talian terhadap kursus pengaturcaraan di UiTM Kampus Seremban / Normaziah Abdul Rahman ... [et al.]
Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak Mac 2020 telah memberi impak yang besar kepada hampir setiap negara dan ia melibatkan semua bidang. Ini telah memberi kesan terhadap institusi pendidikan secara global, yang mana kebanyakan negara telah menutup institusi Pendidikan daripada peringka...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71700/1/71700.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71700/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak Mac 2020 telah memberi impak yang besar kepada hampir setiap negara dan ia melibatkan semua bidang. Ini telah memberi kesan terhadap institusi pendidikan secara global, yang mana kebanyakan negara telah menutup institusi Pendidikan daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Rentetan daripada itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah berubah daripada secara bersemuka di dalam kelas kepada dalam talian bagi memastikan PdP dapat dilaksanakan. Perancangan dan persediaan PdP secara dalam talian telah dibuat dalam tempoh masa yang singkat. Terdapat pelbagai peralatan dan aplikasi ICT yang boleh dimanfaatkan oleh pensyarah dalam menyampaikan bahan pengajaran dan menilai prestasi pelajar menerusi peperiksaan dalam talian. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah Kahoot, Padlet, Quizizz, Google Meet, Google Classroom dan Microsoft Teams. Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga telah menyediakan satu platform utama iaitu UFuture, yang membolehkan pensyarah melaksanakan pengajaran secara dalam talian mengikut kesesuaian keperluan pengajaran masing-masing. |
---|