Kajian perancangan industri desa di Kampung Rantau Panjang Klang terhadap pembangunan ekonomi dan sosial/ Siti Shafizah Pit

Kajian akhir ini adalah bertujuan mengkaji perancangan industri desa terhadap pembangunan sosial dan ekonomi. Beberapa pendekatan dan kaedah yang sesuai digunakan untuk kajian ini, memandangkan perusahaan ini semakin maju dan berkembang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pit, Siti Shafizah
Format: Student Project
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70773/1/70773.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70773/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian akhir ini adalah bertujuan mengkaji perancangan industri desa terhadap pembangunan sosial dan ekonomi. Beberapa pendekatan dan kaedah yang sesuai digunakan untuk kajian ini, memandangkan perusahaan ini semakin maju dan berkembang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang wujud di kawasan kajian. Kajian yang terperinci juga dijalankan terhadap perancangan fizikal, pengusaha dan pekerja. Kajian terhadap pengenalpastian isu dan masalah ini adalah bertujuan untuk dijadikan penduan didalam penyediaan cadangan yang baik bagi mengatasi masalah sedia ada dan perancangan yang teratur untuk masa hadapan. Industri desa adalah salah satu aktiviti yang dijalankan di luar bandar bagi membantu perkembangan ekonomi dan sosial di kawasan kajian. Kebanyakan industri desa adalah industri warisan keluarga. Dalam menjalankan perusahaan ini di kawasan luar bandar secara tidak langsung dapat mengubah taraf ekonomi penduduk setempat iaitu dengan peningkatan pendapatan para pengusaha dan masyarakat sekeliling. Secara tidak langsung juga dapat mengurangkan masalah sosial daripada berlaku iaitu pengurangan kadar pengangguran. Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa masalah timbul yang boleh membantutkan aktiviti pemasaran dan kualiti sesuatu produk. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan di kawasan kajian menggunakan teknologi lama menyebabkan kuantiti produk yang dihasilkan oleh pengusaha adalah rendah. Beberapa cadangan telah dibuat bagi membantu menaikkan industri desa ini ke pasaran global. Antara cadangan adalah dari segi modal, pasaran, teknologi, peranan pihak tertentu dan lain-lain. Dengan cadangan tersebut diharap dapat meningkatkan perusahaan industri desa ini seiring dengan industri maju sedia ada