Perkembangan galeri seni persendirian di Malaysia: 1940 – 1960 / Mohd Jamil Mat Isa

Proses perkembangan seni lukis moden negara telah dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah penubuhan dan kewujudan galeri-galeri seni persendirian. Pada peringkat awalnya Pulau Pinang merupakan lokasi yang popular untuk sektor industri kreatif ini. Kajian ini melihat secara kronologi penubu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Isa, Mohd Jamil
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68780/1/68780.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68780/
https://melaka.uitm.edu.my/ijad/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses perkembangan seni lukis moden negara telah dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah penubuhan dan kewujudan galeri-galeri seni persendirian. Pada peringkat awalnya Pulau Pinang merupakan lokasi yang popular untuk sektor industri kreatif ini. Kajian ini melihat secara kronologi penubuhan sebanyak mungkin galeri seni persendirian bermula dari era 1940-an sehingga 1960-an di Malaysia. Galeri seni persendirian mempunyai peranan penting dalam proses perkembangan seni lukis negara. Aktiviti yang dijayakan oleh galeri seni persendirian memainkan peranan besar dalam kerjaya seorang pelukis. Objektif kajian ini adalah untuk mendokumentasikan secara kronologi penubuhan galeri seni persendirian dan kegiatan yang telah dijayakan. Kaedah pengumpulan maklumat melalui pelbagai bahan penerbitan oleh galeri-galeri persendirian telah dijalankan. Bermula dengan dua buah galeri yang diasaskan oleh dua tokoh pelukis perintis di era Kolonial British di Pulau Pinang, industri berasaskan kreatif ini berkembang ke Kuala Lumpur sejajar dengan fungsinya sebagai pusat ekonomi dan pentadbiran negara. Sejumlah lapan galeri dikesan menjalankan kegiatan berkaitan dengan seni lukis, ini membantu proses perkembangan seni lukis tempatan pada ketika itu.