Apo yang menarik kek nismilan? Nikmati pengalaman baru yang mengasyikkan bersama keluarga tersayang di Buana Kita Glamping & Event / Dr Salwa Muda and Amariah Hanum Hussin
Buana Kita Glamping terletak di Kampung Gaing, Pedas, Negeri Sembilan iaitu lebih kurang 30 minit pemanduan daripada Bandaraya Seremban. Konsep Glamping yang menggabungkan perkataan Glamourous dan Camping yang diketengahkan oleh Buana Kita memberikan pilihan baharu kepada mereka yang suka percutian...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68380/1/68380.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68380/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Buana Kita Glamping terletak di Kampung Gaing, Pedas, Negeri Sembilan iaitu lebih kurang 30 minit pemanduan daripada Bandaraya Seremban. Konsep Glamping yang menggabungkan perkataan Glamourous dan Camping yang diketengahkan oleh Buana Kita memberikan pilihan baharu kepada mereka yang suka percutian secara perkhemahan dan pencinta alam semula jadi namun dalam suasana yang lebih selesa dan menyeronokkan. Terdapat lapan (8) buah khemah yang disediakan dan dibahagikan kepada Tapak A dan Tapak B. Setiap khemah boleh memuatkan seramai 4 orang dan mempunyai pilihan katil Queen dan Single. Tandas, bilik mandi, surau dan pantry yang selesa dan bersih terletak di blok bangunan berhampiran kawasan khemah. Kanak-kanak pastinya teruja dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada keluarga yang menginap di sini. Antaranya menunggang basikal, ATV, kolam renang, wayang pacak, pingpong dan memanah serta terdapat indoor games seperti congkak dan Sahibba. Pilihan aktiviti yang disediakan oleh Buana Kita bertujuan memberikan keseronokan berganda kepada tetamu dan memastikan objektif percutian mereka tercapai. Yang menariknya bayaran yang dikenakan boleh dianggap “mesra poket” kerana kesemua aktiviti ini termasuk dalam pakej glamping yang diambil. Oleh itu, tetamu tidak perlu membayar bayaran tambahan untuk aktiviti ini. |
---|